December 28, 2009

nota untuk beruang 3

5 terconteng
to: beruang gg

p/s: pergilah ke zoo. panda ok. tinggalkan panda. panda tak mahu beruang lagi. sebab beruang tak boleh bersama panda lagi. beruang bukan untuk panda. panda tak sedih. macam yang panda pernah tulis dalam nota yang lalu, manis itu tak lama.

from:panda




*nota ni tak boleh tunggu entry 29hb. sebab dua perkara berlaku dalam satu hari.

nota untuk beruang 2

0 terconteng
to:beruang gg

p/s: panda tahu.manis itu sekejap.untuk nota kali ini pun,panda mahu ulang lagi,terima kasih. beruang buat panda ceria bersama gigi2 beruang. (heh). panda tahu jugak, manis itu tak lama. sebab nanti beruang terpaksa pergi ke zoo. beruang perlu jagaan rapi. itulah,beruang kurus,tak cukup makan. nanti panda rindu beruang,ok.

from: panda

December 27, 2009

nota untuk beruang

1 terconteng
to :beruang gg

p/s: terima kasih. padamkan ingatan jahat itu ok!. panda minta maaf. panda suka gigi kamu~.

from:panda

December 26, 2009

pagi 26

1 terconteng
langit tidak mendengar..
(repekan sampah pembuka bicara)
hari ini tanggal 26 Dec 09. beberapa hari lagi tahun baru.
tahun baru.perlu ada azam baru?? (sinis)
kalau perlu ada, masih ada waktu untuk mengarut azam baru.
jika tidak perlu, azam lama belum dilunas.





*memang langit tidak mendengar.

subuh masih ada

0 terconteng
dia mahu lelap
selamat tidur...
dia mahu pejam
selamat tidur...
dia mahu lena
dalaman dakapan gelap malam.
dia mahu mati sebentar.


...semoga esok subuh masih ada
harap malam tidak kejam.

December 25, 2009

belakang waktu

0 terconteng
Seperti dia
Seperti jiwanya
Menyusuri telaga waktu
Seperti langkahnya

Sejenak berhenti
Dia dapat berdiri
Lalu dia bersiap berlari
Menapaki bumi

Jangan berhenti
Tetaplah berdiri
Lalu dia bersiap berlari
Berada di bumi

Hatinya selalu tetap begitu
Tetaplah di belakangnya
Hingga hari berhentinya waktu
Tetap iringi langkahnya

Suaranya tak lagi bertahan
dia yang selalu di belakang waktu

December 24, 2009

sirkulasi sepi

2 terconteng
kabin kecil itu kosong.
dek itu juga kosong
dia perhatikan segenap bucu-silent
semua orang yang dia sayang ke mana?

kalau dia memang sepi, maka dialah yang sepi.
dia terima.dia terima dan dia terima.
takdir tidak berdosa. maafkan dia kerana buruk sangka. luth mahfuz ada segala2nya. kadang2 dia lupa.ya, dia manusia. seperti kamu. lumrah manusia tidak sempurna. dia tidak sempurna!
semuanya berada di sirkulasi tersendiri. dia terima!


*dia tak kebal! air itu sering berkolam.

December 21, 2009

mati rasa

0 terconteng
di sisi kanan
di sisi kiri
ramai manusia bercacak di tepiku
telinga sentiasa terdengar bunyi
...variasi
ketika mataku pejam pun, bunyi2 itu ada
...variasi
aneh menguasai kepala
kenapa masih vakum? ya. hidup aku vakum dan..vakum.
oh! tolong,aku sedang mencari sesuatu! aku tak rasa aku ini aku.
kerap aku mencium bumi
rebah menyapu tanah. lutut berdarah.ubat sudah di sapu.tidak juga mahu sembuh!
mudahnya mengaku kalah! ku lihat sekeliling, manusia lain laju berlari. aku jatuh dan mahu bangkit. aku berjalan.dan bukkk!
hari ini rebah lagi. dan sejarah ini akan berulang.
setiap sudut aku renung.(mataku tak tajam).sudut duniaku.
aku sedang mati.mati rasa.
..vakum
dan skeptikal mula menyinggah.

*bagaimana esok?oh, mati rasa lagi.

December 20, 2009

hipotesis menjauh

4 terconteng
dulu
lepas saya kenal awak
saya terus suka awak
saya tak pernah macam ni
awk buat saya gila
saya tahu
itu tanpa sengaja
tanpa hipotesis
saya pun
tidak meminta
cuma
yang pasti

langit saya tak cerah
pelangi saya belum tunjuk warna
bintang saya malap
bulan saya tidur
mentari saya terlindung
awan saya sarat

itu kisah lama
waktu itu duri2
hati buta
mengkhinzir buta
kabur mencelah
mimpi
menggalah tinggi
menggunung awan

lepas saja
itu terindah
terima kasih


rubbish bin

1 terconteng



pernah tak rasa macam tong sampah?
apo?
tong sampah?
iyea2 lah..tong sampah. rasa tong sampah tu macam mana?
laah, macam tong sampah lah.
[spinning!]







p/s i hate yu: do not litter!

grrr.

3 terconteng
today is sunday
tomorrow is monday
then tuesday!

i am waiting for tuesday to come!


a lil bit excited but kinda worry~

[entah ape laa ropenya result sem ni.uhuk2]



*p/s i love yu untuk incik mata: sila2 laaaa pejam. within a few hours to come ,kena membawa diri ke makmal.oh!

December 18, 2009

waktu perniagaan

1 terconteng















"incik, bila waktu beroperasi kedai incik?"

"kalau nampak pintu bukak, beroperasi la tuh"

@#4%%6&*%*&^%*


*huh!

December 15, 2009

matinya si pelukis.perginya si doktor

0 terconteng


dulu, masa zaman tadika (tadika ke tabika?),cikgu selalu ajukan soalan yang lazim ini kepada murid.

"nanti besar kamu nak jadi apa?"

atau versi skema tapi maksud yang sama

"cita-cita kamu apa?"
"pelukis, cikgu" ini jawapanku sewaktu 15 tahun dulu.

Dan jawapan itu jugalah yang keluar dari bibir sewaktu di sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 4. kenapa pelukis?kenapa tidak lawyer? majistret? doktor? ini jawapannya.

Sebab dulu, setiap kali pertandingan mewarna dan melukis di sekolah, aku lah yang menjadi johan.warna-warna menarik minat aku.melukis itu satu cara halus meluahkan segala rasa atau apa-apa sahaja.
. (clear throat) mungkin berkisar tentang alam, manusia, dan apa-apa sahaja.

Vincent Van Gogh. berinspirasikan dia.

aku matikan cita-cita kecilku di situ.

Dan lahir cita-cita baru. sering berubah-ubah. kadang-kadang doktor.kadang-kadang cikgu. kenapa
doktor? ini jawapan waktu itu.

sebab setiap kali peperiksaan sewaktu menengah atas,markah matapelajaran biologiku sentiasa A. tetapi aku lupa. untuk menjadi seorang doktor, itu sahaja tidak cukup. bahkan semua subjek mesti lah A.

aku
seorang doktor juga mati disitu.

(sigh) si pelukis dan doktor sudah mati. sekarang, aku pun tidak tahu. hanya berdasarkan keputusan belajar di universiti, itulah yang menjadi tiket untuk menjadi pengganti si pelukis dan si doktor.

*jadi suri rumah tangga sepenuh masa.hehe

December 14, 2009

i am hungry! not angry!

0 terconteng

saya rasa saya mahu ini,,


















dan saya rasa lagi, saya mahu ini,,





ini pon saya rasa saya mahu!



*nota.kaki.tangan=mouth watering!ekekkee

December 13, 2009

bukan semua indah!

0 terconteng



usah dikira..
pasti lelah
usah dihitung..
pasti sakit
usah dibilang..
pasti pahit
usah diungkit..
pasti perit

aku jiwa lelah. daerah itu selalu rebah.sesak. bungkam.
segenap ruang.
yang pasti..
butuh detik damai
jahit luka dijiwa..
biar kutelan semua
kerana aku bukan semua indah!



*nota.kaki.tangan-tak mengapa.sudah biasa.

December 12, 2009

boleh tak nak kawen?

0 terconteng


flower power



teringin..

[mood bosan plus malas plus ting tong]

saat-saat encik Boring mendominasi, kepala mula la ting tong.=p
dua keping foto di atas mencetuskan fenomena 'nak kawen' dalam diri aku.
hahaha [gelak besar]
boleh plak cenggini. memang mengundang maut sebelum ajal! (kalau big b0ss kt umah taw)

boleh tak kalau nak kawen?
'GEDIKNYEEE anak aku!'
(mak aku cakap =p)

'yea la mak. boring ni.' boleh plak jawab cenggini belakang mak.uhuu.


boring sangat,sangat boring.



*untuk pemilik foto:halalkan yea.ngee~

December 11, 2009

as i guess

0 terconteng
dear blog,

[sigh]
i still can't make it!!
2 days i go to lab and come out with nothing done in hand.
poor me.
day 1-the pipette jeevan bawak gi skul farmasi.another one with the desired ml rosak

day 2(today)-beratur plak orang lam lab tu nak wat media.autoclave lagi. about an hour. aku da tunggu macam ape je~lama saaangat. then, saraf neuron2 aku bekerja, menghantar impulse dan dua pilihan tercetus-aku tunggu smpai petang untuk buat osmoprotection media tu atau datang pagi2 buta esok. sejam jugak laa hati rajin dan hati malas bertarung.tara! ape lagi, the second choice lah aku pilih. ngeee~

*harap sgt esok aku bley siapkan ape yang kena disiapkan tu.

December 10, 2009

mereka2

0 terconteng



-PLBs of Dendrobium sonia in culture jar-



Alhamdulillah~
this is the current Dendrobium sonia yang survive!
half of 'em contaminated dowh~
[very depressed]
penat je bersengkang mata berjam2 bawah lampu laminar hood.
oopss. lupa plak! tak elok merungut.
maaf mak.
huhu

i am waitin to proceed with the next step of cryopreservation.
but so sad.
can't do either~
laminar hood bookin oreydi fulled.



*waitin in boring~ehehe
*thesis mood???

pipette oh pipette !

0 terconteng
adeh laaa
pipette punya pasal
i have to cancel wat osmoprotection media
besok arap2 laa ade benda tuh

[dancin' in mind]
g pagi2 buta ke lab tomollow~
makin the osmo media~

with high hope :D

December 08, 2009

rasa

0 terconteng
mencari di celah-celah waktu
entah apa..
mentafsir tika langit siang
entah apa..
merenung jauh ke langit malam
entah apa..
kelirunya apabila semua rasa menari-nari dalam kepala
gerak tari rasa..
kecamuknya apabila rasa-rasa itu memenuhi segenap ruang
ruang hati.ruang waktu.ruang hidup.
sungguh..
rasa ini tidak bertepi
butuh waktu bersendiri
menagih saat silam
keliru
kecamuk
semua bersimpang siur
berliku-liku
sungguh..
sedang keliru.

noktah.

December 06, 2009

unwanted

0 terconteng
damn

gone

jam!

December 03, 2009

tunjuk satu bintang

0 terconteng
malam.si bulan terang menemani.sang bintang ada bersama.sang bintang sang pedoman. si bulan dan sang bintang itu untuk malam.malam itu pekat.hitam.malam itu tenang.damai.ilham.malam itu hidup.bernyawa.malam itu bukan siang.siang itu bukan malam.malam itu malam.malam itu kisah kita.







*kenape aku karut pasal malam?sebab tyme tangan menype ni dah malam.
*dah malam=tidorlah!

November 18, 2009

tak payah baca

0 terconteng

dear blog,

oh maaflah. hari ini saya mahu mengarut. mahu menulis apa yang tersimpul dalam kepala. mengarut dan mengarut.


c.i.n.t.a
cinta
satu perkataan yang subjektif maksudnya. lain kepala lain persepsi untuk perkataan keramat neh.
macam-macam aku jumpa ragam orang bercinta. (aku? oh, usah diungkit kisah lama.haha)
bahagia ke? best sangat ke?
entah.
ada yang berpandangan: oh, cinta itu air mata.(ni pendapat beliau yang berpengalaman dalam bidang cinta)
lain pulak dengan yang ini: cinta itu indah.(oh, ini semestinya yang sedang bercinta)
dalam usia yang masih muda trang tang-tang neh, no doubt la masing-masing ada kisah cinta tersendiri. ada yang tengah bercinta. dah lama bercinta. cuba-cuba bercinta. ada yang ingin jauh dengan cinta. ada yang fobia. ada yang main-main cinta. sedang intai-intai cinta. uh, very the macam-macam.
untuk kali yang keduanya aku tanya, best kah??

mungkin kalau pelayaran cinta di lautan yang luas itu tidak banyak ombak dan badai yang ditempuh, indah barangkali. but, if karam di tengah lautan, tiada lah yang indah itu. anyway, semua itu terpulang.
hidup ni macam kain putih. seratus peratus atau hundred percent bergantung kepada pemilik body untuk memilih warna-warna peberet dan corak yang berkenan.



oh, tetiba terasa lapar. mahu berhenti mengarut. oh, patutlah! sudah jam 4
(tiba-tiba teringat, perut belum diberi makan)

*tata my dear blog
*nanti aku datang mengarut lagi.=p








November 17, 2009

why oh why

0 terconteng
tak tito agi neyh.
3:58 a.m
borymnye..
uh
suddenly
teringat the 19 chapters of AKP 201
ngeeehe~
last paper
save best for the last
ohkay2
nak tito dulu
bangun kang study
i am blogging wif
half-open eyes
(^-_)
nunite
swit drim~


*cluelesss
*blues clues

November 16, 2009

langkah bendul!

0 terconteng
usai sudah maryamah karpov semalam. ini novel serial dari tetralogi laskar pelangi yang keempat. langkah bendul sebenarnya. tiga yang pertama iaitu laskar pelangi, sang pemimpi dan edensor, aku tak baca lagi. pelik dan aneh aku ni. huhu. kesinambungan dah tak terasa la sebab aku main langkau2 aje. perahuku tak bisa lagi diundur! sekali baca, dah melekat, so aku malas nak reverse. it's okay anyway. i can read them next time.
best gila ah! ayat2 amat polos dan jujur. agak kasar jugak ayat2 beliau kengkadang tapi menjentik senyum dan tawa. aku gelak sorang2 baca novel tuh. hehe~gila besh.



*sedang ting-tong!
*sonoknye~tinggal satu je lagi paper.lalalallala~

November 15, 2009

mak cakap tak baik merungut!

0 terconteng
dear blog,

huaarrghhhh! [uh, amat tidak sopan!]
lambat betul paper seterusnya! bosan sudah menunggu mereka-mereka itu. =p
eco bot and AKP 201.
bosan menanti tapi aku tidak bersedia lagi pun. bajet2 dah habis study la tu konon. hampeh!
tiga paper yang dah lama berlalu tu, alhamdulillah. sudah selamat! dengan bergaya aku menjawab sampai habis gaya dah.ke kiri. ke kanan. 45 darjah!
tidak sabar mahu pulang~lalalaaaaaala

rindu mereka-mereka yang tersayang! ma dah janji nak masak sedap-sedap untuk 'bulat' ma ni.hehe mekaceh ma!
cuti sem nanti pun tak lama. yang sebenarnya sebulan terpaksa dikontotkan menjadi seminggu.
projek akhir tahun yang mendesak.butuh waktu! seminggu pun seminggu je lah. janji dapat pulang~

dear blog,

kerisauan mula melanda. PLB yang aku subculture tu separuh yang contaminate. alahai! pedih tau mata bersengkang berjam-jam dalam laminar hood! sebelum boleh subculture, langkah wajib adalah mengautoclave apparatus yang akan digunakan semasa subculture. memang butuh 100% hygiene! autoclave pulak makan masa lebih kurang sejam! after that, kena uv pulak si laminar hood tu. setengah jam dah telan masa. fuh.lepas tu baru boleh subculture.
nasib baik species orkid tu cepat tumbuh. Dendrobium sonia. dalam cuti sem ni lah kena proceed step seterusnya.

oh, terlanjur sudah! mak kata tak baik merungut!
tidak! bukan macam tu. ni je la medium untuk luahkan segala rasa.geram.benci.seronok.teruja.marah.so, gunakan!

dear blog,

itu saja aku bercerita untuk kali ini. mengadu.





*usah dikenang barang yang lepas.=p








November 14, 2009

suatu petang, aku putus cinta!

0 terconteng
dear blog,

pandanganku kosong.sambil menunggu seorang rakan yang pergi mendapatkan barang-barangnya. aku dan rakan mahu ke mc d.
lama.
sepasang mataku melilau -lilau membuang pandang ke arah kenderaan yang keluar masuk pintu pagar kampus. maryamah karpov di tangan, aku belek-belek tanpa sebarang rasa. aku cuba membaca baris-baris kata namun tidak sedikit pun melekat di kepala.

dear blog,

nak tahu apa yang ku lihat? saat itu rasa macam baru putus cinta! fahamkah? hati tiba-tiba mendung. mataku sedang melihat dia dan seorang perempuan! rapat. hatiku tidak salah menafsir apa yang mataku lihat. terkelu. mahu saja aku bagitahu dia yang aku sedang melihat dia! patah hati! adusss!

dear blog,

itu cinta tanpa kata sebenarnya. dia tak pernah tahu apa yang aku rasa. aku selesa begitu. cinta dalam diam. mencintai tidak semestinya memiliki.
tipu kalau aku bilang aku tak rasa apa-apa. bohong kalau aku cakap aku tak kisah.
manisnya mulut lelaki! aku cuba membuang dia jauh-jauh..tapi dia jugak yang menghubungiku. seolah-olah memberi harapan!
sekarang tanamkan dalam diri,
dia hanya kawan! dia hanya seorang lelaki! tidak lebih dari itu. ok!

dear blog,

lega. sekarang baru aku tahu. dan tidak perlu aku mintak penjelasan apa-apa. aku tidak rugi apa-apa pun. dia juga tidak perlu tahu tentang ini. biar aku simpan. rapi.

dear blog,

jadikan saja itu sejarah.




*kali pertama aku gila!
* no big problemo! i am ok!
*baru sedar, ada lagi dua paper sebelum pulang~lalalalala


November 12, 2009

kau tak tahu apa rasanya!

0 terconteng
buat
jiwa-jiwa lelah
buat
hati berjahit
teruskanlah
telan semua pahit

buat
hati gila
usir si remuk
halau si sendu

terus senyum
itu ubatnya


*senyum sampai ke telinga
*aku mau kau terus ada

saya tak apa-apa

2 terconteng
dear blog,

i feel so empty right now. all of sudden the don't-know-how-to-describe feeling come accompany me all the day. feeling like missing someone. oh, not someone actually but a few important person in my small little world. i miss him. i miss her. i miss them. big time!
i feel sympathy for myself actually. things seem not on the right line lately. even a small matter might make me down. what a nuisance!

dear blog,

i just can't stop thinking of that somebody. even i tried harder to vanish that somebody from my mind. i just can't. but i know, nothing would change. that somebody was just my dream. that somebody was a history. nothing much. no doubt i still hope for the 'impossible dream' to turn real. i am hoping...
na na na...[ mind changing]
no. i can't do this anymore. i must step out from this stupid dream! please don't be a fool la. just think of the bright side, ok! there must be something that i've learned from the memory. i must find it out. no matter what. just let the memory be the history. i think it is not bad to come across such thing because i will learn a lesson at least.

again, dear blog,
two paper left. no matter what, just keep moving. there must be something waiting at the end of this hard journey ( i mean journey of this sem). hope so.

ohkay then.
i stop here. bubye dear blog.


*skeeping pulak.

November 08, 2009

sila lupakan saya

0 terconteng
Wish That I Could Move On
Can't Let Go,It's Too Strong Just Like That
And Then You're Gone
Is This How You Wanted It To Be
Everything You Had To Say

Sent The Tears Right Down My Face
Now I'm Trying To Escape
The Misery

Why Don't You Love Me The Way I Loved You
It Feels So Crazy

Cause I Dunno What I Did To You

If You're Gonna Hurt Me

Then Do It Quickly

Cause I'm Tired Of Cryin
If You Don't Wanna Stick Around
Then,****, Forget About Me


My Heart Was True

And That You Can't Deny
I am not a Fool
And make my way
From All The Lies






*forget about me
*i'll forget you

November 06, 2009

kelegaan yang tak terucap

0 terconteng
yuhuuu!

3 paper dah lepas. amat lega. (sambil mengurut dada). tadi baru saja selesai paper yang aku anggap paling killer, walhal tidak payah mana pun. oleh sebab aku tidak 100% bersedia, jadi aku tidak 100% boleh menjawabnya. yang penting dah usaha, selebihnya tawakal aja la. tunggu 22nd of december nanti. tarikh keramat tuh.(aduss).

so, ada lagi 2 paper yang perlu aku kerjakan. tapi lambat lagi mereka-mereka itu.*sengih*



*berkira-kira untuk bercinta dengan kekasih baru
*=p

November 05, 2009

cinta ke dua

0 terconteng



aku bukan curang. sedikit pun tidak terniat untuk berlaku curang. apa boleh buat apabila hati nan satu ini terjatuh cinta buat kali ke dua.

nota untuk kekaseh yang masih kekaseh: maafkanku hlovate. tetapi kau masih utuh di hatiku. akan kukenang setiap bait-bait ayatmu.

perlahan-perlahan bunga-bunga cinta kian mekar untuk andrea hirata. aroma semerbak di mana-mana. inilah penangan cinta ke dua. adusssss!

nota untuk kekaseh baru: terima kasih.





*p/s: si cinta-cintaku bukan manusia.
*aku cinta dua-dua
*gila novel~novel gila

November 03, 2009

si misi Aini

0 terconteng
from the bottom of my heart, i want to thanx my old best buddies for the memories. let the memories remain. *a big smile* and *drops of tears*

[suddenly, chanel telah ditukar]

tiba-tiba otak versi memoriku, terstimulate dengan sebuah memori. memori lapuk aku kira. peristiwa-peristiwa indah, pahit, manis,masam, masin itu berlangsung kira-kira bertahun2 yg lampau.
sudah berhabuk, lampau, silam, lapuk, berkulat.
perkataan itu aku gunakan untuk mendescribekan kelamaan dan kelampauan memori2 itu.

masih tergambar lagi di kotak benak ku, seorang kawan istimewa. lala.masa itu kami yang hingusan ini berada di darjah dua. sering di usik oleh kawan2ku yang lain apabila ada kakak-kakak misi datang untuk membuat pemeriksaan gigi.
lala sangat cuak berhadapan dengan kakak-kakak yang berbaju puteh itu. aini.merangkap kawan yang selalu menyakat si lala.
bercerita tentang modus operandi si misi aini. dia menutup mulutnya dengan tangan dan sebelah lagi tangan beraksi seolah-olah menjolok-jolok mulut lala. tangan yang lagi satu seperti mask yang dipakai oleh misi-misi. lala ni pulak, takutnya bukan kepalang.

*tersenyum aku sendiri*
aku pun tak terkecuali cuak.[ngee].
budak aini tu pun saja menyakat lala.padahal dia pun same je dengan kiteorang. [hampeh tul]

setelah sekian lama terpisah oleh jarak dan waktu, aku berkesempatan berjumpe si 'misi' aini. sudah besar kami sekarang.


lala.

*sigh*
lala masih ingat tak kat aku?lala, kawan istimewa.
lala tidak lama di sekolah kami. penghujung darjah dua,beliau meninggalkan kami.
informasi terkini yang aku dapat dari seorang kawan lama aku merangkap sepupu lala a.k.a kak ngah, lala dah tak larat nak melangkah. beliau berkerusi roda.
saat aku membaca baris-baris ayat yang di tulis kawan aku itu, luluh hati. tersentak.

takdir itu amat perit buat lala. tapi aku yakin, lala redha. dia yang tanpa dosa, aku harap sentiasa gembira. amiin.

itu satu memori. banyak lagi yang indah-indah. biar aku simpan kemas dalam benakku.





*notakakitangan: kau ada dalam kisah kecilku. aku ada dalam kisah kecilmu

November 02, 2009

apabila saya berkatun..

0 terconteng


katun bodo pertama: bukak mulut. keluarkan lidah. buat aksi jelir-menjelir.=p
maksud tersirat: ceriakan hari-hari anda. usir segala jenis kegusaran hati, jiwa, jantung dsb.

p/s: katun bodo ini bukan saya.
katun itu sedang merenung masa depan beliau. risau tentang final exam yang bakal tiba. besok sebenarnya bermula. LSP402.


katun yang lagi sekor ni pulak, tetiba hujan. hurm,pada pendapat saya, beliau mengalami penyakit kerisauan tahap extreme.saya berteka-teki mungkin gusar berkaitan peperiksaan sama seperti katun sebelum beliau.


katun putih ketiga ni, rajin laa pulak. tapi saya tak nampak sebarang kertas atau buku di atas meja beliau. *saya pelik*



katun putih keempat. saya pikir beliau bosan. dan beliau mencari alternatif mengusir kebosanan dengan mendengar lagu. pada tilikan saya, bagus untuk kesihatan jiwa beliau.


haih. katun ini bercekak pinggang. mengeluh barangkali. beliau mungkin sudah bosan bersilih ganti belajar dan mendengar lagu.

saya mendapat maklumat terbaru, mak beliau (katun putih ini) membuat panggilan. mak beliau menyuruh beliau belajar. jangan malas-malas. nanti balik umah, mak akan masak sedap2. itulah butir-butir percakapan mak beliau yang sempat saya tangkap muat dalam kotak ingatan.




hahaha. cheer up your life bebeh!

*itu saya sebenarnya
*ngeehehe~

October 20, 2009

satu-kosong-satu-lima-enam

0 terconteng
*sigh*

beberapa jengkal hari lagi untuk final exam. masih di bawah sedar, gila dengan angan2 yang entah ke mana-mana melalut melangit menjengah awan. demam exam pun tidak. bahang nye belum mula terasa. sebagaimana kebiasaan, aku tidak pernah diserang demam exam seperti kebanyakan yang di alami mereka2 sejalanan denganku.

3 NOV- LSP 402
4 NoV- ECOLOgy ANd management of weeds
6 NoV-pLant genetics
16 NoV-eCoNOmiC bOtany


dan sesuatu yang normal

marketing-19 Nov, yang selalu di bontot2 waktu


aku berangka giliran satu-kosong-satu-lima-enam

*redha*

waktu sedang menghimpit. mencengkik..membunuh. entah sempat entah tidak.
malas ada. ketidakrajinan juga. dari dalam, cuba mendudukkan perasaan2 jahat itu.
doa, aku berjaya.kita semua.sama-sama.




notakakitangan: main kejar-kejar

October 18, 2009

masih bersisa

0 terconteng
salahkah seorang aku untuk berperasaan begitu?. tak pernah berhenti.pernah cuba. kupujuk hati untuk berhenti. namun tak juga dihirau. degil! perasaan itu perasaan yang tanpa rasa. bukan sekejap. lama. perit. dari awal aku tahu, itu mustahil. dari mula aku sedar, itu tidak mungkin. dari dulu aku salah,kerana begini. aku tak tahu. ia disengajakan atau tidak disengajakan. aku tak tahu bila mahu berhenti. aku tak tahu bila mahu pergi. aku tak tahu bila mahu berundur. aku tak tahu bila mahu hilang. yang aku tahu, ia tetap ada.tak pernah mati. dibawah sedar, ia bermula.
sebelah hati berteriak jangan berhenti.sebelah lagi, memujuk.meninggalkan sesuatu yang tak pasti.





*sigh*
*heh, aku ke gini?
*buang tebiat ni

bukan bisa ular

0 terconteng
kalau lah bisa aku puingkan segala rasa.agar aku tak lagi bermimpi.dalam mimpi.dan aku sedar, aku masih berjalan di awangan.tanpa tanah.rasa hitam masih berwarna dijiwa. berbaki.bersisa.entah kenapa masih ada. mahu saja aku lemparkan rasa ini ke langit biru.dan langit malam.jauh-jauh.mahu saja aku buang mimpi ini ke longkang.uh.bukan aku tidak pernah mencuba. malah berkali-kali.tetap ada.tetap bermimpi.mimpi itu.dikira indah.indah untuk bermimpi.tapi bukan mimpi itu.sebelah mahu.sebelah tidak.mana mungkin jadi indah benar. kalau lah bisa aku lenyapkan mimpi itu.mahu saja.lepaskan indah itu....entah.ini saja. jalan cerita mati.kadang2 tanpa sebab.


*sabarlah wahai hati!

October 16, 2009

malam itu...

0 terconteng
malam itu aku keluar. cuci mata. berkunjung ke stadium. 1 siswa satu malaysia punya event.

lepak.tengok joget. tengok lampu. hayati nikmat malam. dalam keasyikanku menghayati

keindahan joget2 mereka, kawanku dibelakang tiba-tiba membisikkan sesuatu ke telingaku.

uh, aku tersentak seketika. hati menahan debar.. tidak ada dalam jangkaanku.

tetapi terus sahaja benakku berfikir positif. pura-pura tenang tanpa kocak...


dalam hati, senyum. biarkan.

belakang....

kemudian, telefonku 'vibrate'.

dan...senyum.












mereka bertiga







bila si comel berjalan...



mereka

October 09, 2009

bukan indah tapi tak busuk

0 terconteng
kelmarin datang lagi. isi jantungku melonjak2 gembira. saat itu bukan indah. tapi bukan jugak busuk. di situ aku tamatkan. akhirnya aku jumpa noktah yang aku cari. dah tamau koma memunculkan diri. hanya noktah yang dijemput.

October 04, 2009

ahadku

0 terconteng















malu

















saujana




















saya di sini..nampak tak?




























reput















cantik tak saye??











jalanan















entah




satu lagi tak cukup


oh, belum tinggi lagi




enjet2 duit2 sape sakit naik atas


kabus pagi di bukit bendera






weird discovery...in hutan of penang hill.date: 041oo9.discoverer:zla

October 02, 2009

lepak

0 terconteng









[nasi lemak daun pisang shekin ]








sewaktu di cafesiswa...

[nota dan buku2 berselerakan]


lepas lepak mkn2 kt cafesiswa, kakiku menuju ke library aras 3.lalalallaaaa....... temanku pada hari ini ialah yati.

muahaaha..final exam pon dah dekat dah.
mcm tak tau nak study yang mana dulu.
fenin2

untuk mengurangkan kadar kefeningan itu, aku men'nyenap' gmbr yg entah ape2
sambil borak2 tin kosong...



[gandingan ideal selipar malaysiaku yang genit lagi comel dan sandal cool yati]
















[lorong-lorong ilmu]

October 01, 2009

sky+ breeze

0 terconteng
i look at the sky, it looks back at me
i can't hear the silent melodies
i know that i'm here yet i am lost

....blown in confusion by the breeze

September 18, 2009

ku gumbira.lalalalalalalla~

0 terconteng
dream to change like her~lalalallalaaaa

tak sangka sungguh berat aku turun.

hu2.
7 kilos dowh.
x sia2 aku wat team jog [aku+azie]
paling extremenye, larat plak bgn pagi2 pusing satu USM tuh.

gile extreme.

dan x sia2 jugak aku control mkn and mkn byk sayo n buah
emm, mungkin quacker oat tu byk menolong kejayaanku ini
~
after raye nk teruskan usaha yang sungguh mulia ni.
hik2

*go go, u go girl!

September 11, 2009

menanti pelangi

0 terconteng

schubert's serenade in that pelangi!

can't wait!
i'm longing for it!

hoho..nak layan hlovates' lagi ni.

kalis

0 terconteng
.......the walls we build around us to keep out the sadness also keep out the joy
jim Rohn


and i use the line as one of my favs
betul jim rohn tu. aku setuju.tapi aku da tak kesah tu sume. because i really used to it.
i am used to everything that make me down. i know in life there is ups and downs and for that, i just happy being me.
i d0n't mind if i do not laugh as long as no tears in my eyes.

just enjoy every minute and second of my life then.

September 01, 2009

oren+epal

0 terconteng

August 31, 2009

layan

0 terconteng
ce' odah mengetag aku. so, aku sahut seruan tag nya.^^



A - Available?

> busy

B - Best Friend(s)?
> one is enough [if i have...]

C - CRUSH?
> david archuleta nye lagu nih.aku taw2.

D - DOGS NAME?
> tade plak menatang ni.patut tukar cats name ni.muahaha

E-EASIEST PERSON TO TALK TO
>erk?tatau

F - Favorite Food?
> nasyik laa

G - GUMMY BEARS OR WORMS?
> bears

H - HOMETOWN?
> kb.kota bharu pun bley.kota kinabalu pun bley ba.

I - IF YOU COULD MOVE WOULD YOU?
>aku statik

J - JOB?
>kinda..

K - KIDS?
> ramai kt playground

L - LONGEST CAR RIDE?
> duh

M - MILK FLAVOR?
> nak yg mane?sume ade ni.

N - NUMBER OF SIBLINGS?
> 3

O - ONE WISH?
> JADE the rooftop rant is for real. 8=p

P - PHOBIA(S)?
> semua jenis dan spesies ular juga ulat2.ulat buku tmasuk laa tuh.

Q - FAVORITE QUOTE?
> you are my wonderwall.ahaha

R - REASON TO SMILE?
> shud have reason erk?

S - SONG YOU LAST HEARD?
> you and me

T - TIME YOU WOKE UP?
> when somebody knock out my door.uh?what the..

U - UNKNOWN FACT ABOUT ME?
> fact?

V - VEGETABLES YOU LOVE?
> Psophocarpus tetragonolobus

W - WORST HABIT?
> korek idung.erk? u guys, x penah ke?

X - X-RAYS YOU'VE HAD?
> years ago

Y - YOUR MOM?
> oh,mama!

Z - ZODIAC SIGN?
> gemini


*sekian,terima kaseh.
*aku tujukan penghargaan khas ini untuk ce' odah.

August 28, 2009

dunno...

1 terconteng
reality hurts,,

truth bites,,


living kills,,today tortures

.. and yesterdays are just as bad, what else's new?

August 24, 2009

dem dem noxious!

0 terconteng
..betul laa tu. aku yang memulakan kekalutan itu. semua dari aku. teruk betul reality di pementasan duniawi ni. nyaris2 boleh buat aku gila! serba serbi seolah-olah mentertawakan aku. mengejek aku, sinis. sungguh! benar itu. pabila aku renung, telitikan, belek2 lembaran muka surat lepas kamus hidup aku, di situ tercatat dan tertulis yang aku lah 'culprit' itu. culprit yang mencari nahas dan bahaya yang boleh mengundang fatal yang sememangnya tragis! memang glyphosate sungguh!

seolah2 tertipu! bukan buta sebenarnya tapi aku celik..kehairanan menari2 dalam kepala. dance floor.perlukah aku terus begitu? sedangkan aku tahu komplikasinya.ya, aku tahu. buta barangkali! tidak! aku tak buta. kehairanan lagi...keliru, mungkin!

persoalan ni, memang tanpa noktah. tak da hitam puteh. puas aku cari noktah dan dua warna itu.hitam.putih.putih.hitam.....dan noktah.

pencarian tanpa clu. hanya menggunakan firasat hati yang sekeping ini. yang kekadang luluh dan rapuh.

......pencarian lagi.selongkar dan cari.
luluh dan rapuh, hati itu. hati aku.
tanpa kata dari sana, akan ku mencari dua warna itu dan sebuah noktah. semua untuk aku. bukan dia. bukan kamu..

sebetulnya, dia seperti Mimosa pigra. seperti Eichhornia crassipes. noxious! kamu? aku tak pasti itu.

mungkinkah glyphosate mampu jadi penawar untuk pencarian dua warna itu dan sebuah noktah? itu pun aku tak pasti...

demi kekalutan ini, aku terus dengan pencarian itu.mengembara...



* : ( without cut,without tears
all of sudden, the pain come up.
totally,....
 
© 2010 All Rights Reserved. Template design by Lone Rangers