November 18, 2009

tak payah baca

0 terconteng

dear blog,

oh maaflah. hari ini saya mahu mengarut. mahu menulis apa yang tersimpul dalam kepala. mengarut dan mengarut.


c.i.n.t.a
cinta
satu perkataan yang subjektif maksudnya. lain kepala lain persepsi untuk perkataan keramat neh.
macam-macam aku jumpa ragam orang bercinta. (aku? oh, usah diungkit kisah lama.haha)
bahagia ke? best sangat ke?
entah.
ada yang berpandangan: oh, cinta itu air mata.(ni pendapat beliau yang berpengalaman dalam bidang cinta)
lain pulak dengan yang ini: cinta itu indah.(oh, ini semestinya yang sedang bercinta)
dalam usia yang masih muda trang tang-tang neh, no doubt la masing-masing ada kisah cinta tersendiri. ada yang tengah bercinta. dah lama bercinta. cuba-cuba bercinta. ada yang ingin jauh dengan cinta. ada yang fobia. ada yang main-main cinta. sedang intai-intai cinta. uh, very the macam-macam.
untuk kali yang keduanya aku tanya, best kah??

mungkin kalau pelayaran cinta di lautan yang luas itu tidak banyak ombak dan badai yang ditempuh, indah barangkali. but, if karam di tengah lautan, tiada lah yang indah itu. anyway, semua itu terpulang.
hidup ni macam kain putih. seratus peratus atau hundred percent bergantung kepada pemilik body untuk memilih warna-warna peberet dan corak yang berkenan.



oh, tetiba terasa lapar. mahu berhenti mengarut. oh, patutlah! sudah jam 4
(tiba-tiba teringat, perut belum diberi makan)

*tata my dear blog
*nanti aku datang mengarut lagi.=p








November 17, 2009

why oh why

0 terconteng
tak tito agi neyh.
3:58 a.m
borymnye..
uh
suddenly
teringat the 19 chapters of AKP 201
ngeeehe~
last paper
save best for the last
ohkay2
nak tito dulu
bangun kang study
i am blogging wif
half-open eyes
(^-_)
nunite
swit drim~


*cluelesss
*blues clues

November 16, 2009

langkah bendul!

0 terconteng
usai sudah maryamah karpov semalam. ini novel serial dari tetralogi laskar pelangi yang keempat. langkah bendul sebenarnya. tiga yang pertama iaitu laskar pelangi, sang pemimpi dan edensor, aku tak baca lagi. pelik dan aneh aku ni. huhu. kesinambungan dah tak terasa la sebab aku main langkau2 aje. perahuku tak bisa lagi diundur! sekali baca, dah melekat, so aku malas nak reverse. it's okay anyway. i can read them next time.
best gila ah! ayat2 amat polos dan jujur. agak kasar jugak ayat2 beliau kengkadang tapi menjentik senyum dan tawa. aku gelak sorang2 baca novel tuh. hehe~gila besh.



*sedang ting-tong!
*sonoknye~tinggal satu je lagi paper.lalalallala~

November 15, 2009

mak cakap tak baik merungut!

0 terconteng
dear blog,

huaarrghhhh! [uh, amat tidak sopan!]
lambat betul paper seterusnya! bosan sudah menunggu mereka-mereka itu. =p
eco bot and AKP 201.
bosan menanti tapi aku tidak bersedia lagi pun. bajet2 dah habis study la tu konon. hampeh!
tiga paper yang dah lama berlalu tu, alhamdulillah. sudah selamat! dengan bergaya aku menjawab sampai habis gaya dah.ke kiri. ke kanan. 45 darjah!
tidak sabar mahu pulang~lalalaaaaaala

rindu mereka-mereka yang tersayang! ma dah janji nak masak sedap-sedap untuk 'bulat' ma ni.hehe mekaceh ma!
cuti sem nanti pun tak lama. yang sebenarnya sebulan terpaksa dikontotkan menjadi seminggu.
projek akhir tahun yang mendesak.butuh waktu! seminggu pun seminggu je lah. janji dapat pulang~

dear blog,

kerisauan mula melanda. PLB yang aku subculture tu separuh yang contaminate. alahai! pedih tau mata bersengkang berjam-jam dalam laminar hood! sebelum boleh subculture, langkah wajib adalah mengautoclave apparatus yang akan digunakan semasa subculture. memang butuh 100% hygiene! autoclave pulak makan masa lebih kurang sejam! after that, kena uv pulak si laminar hood tu. setengah jam dah telan masa. fuh.lepas tu baru boleh subculture.
nasib baik species orkid tu cepat tumbuh. Dendrobium sonia. dalam cuti sem ni lah kena proceed step seterusnya.

oh, terlanjur sudah! mak kata tak baik merungut!
tidak! bukan macam tu. ni je la medium untuk luahkan segala rasa.geram.benci.seronok.teruja.marah.so, gunakan!

dear blog,

itu saja aku bercerita untuk kali ini. mengadu.





*usah dikenang barang yang lepas.=p








November 14, 2009

suatu petang, aku putus cinta!

0 terconteng
dear blog,

pandanganku kosong.sambil menunggu seorang rakan yang pergi mendapatkan barang-barangnya. aku dan rakan mahu ke mc d.
lama.
sepasang mataku melilau -lilau membuang pandang ke arah kenderaan yang keluar masuk pintu pagar kampus. maryamah karpov di tangan, aku belek-belek tanpa sebarang rasa. aku cuba membaca baris-baris kata namun tidak sedikit pun melekat di kepala.

dear blog,

nak tahu apa yang ku lihat? saat itu rasa macam baru putus cinta! fahamkah? hati tiba-tiba mendung. mataku sedang melihat dia dan seorang perempuan! rapat. hatiku tidak salah menafsir apa yang mataku lihat. terkelu. mahu saja aku bagitahu dia yang aku sedang melihat dia! patah hati! adusss!

dear blog,

itu cinta tanpa kata sebenarnya. dia tak pernah tahu apa yang aku rasa. aku selesa begitu. cinta dalam diam. mencintai tidak semestinya memiliki.
tipu kalau aku bilang aku tak rasa apa-apa. bohong kalau aku cakap aku tak kisah.
manisnya mulut lelaki! aku cuba membuang dia jauh-jauh..tapi dia jugak yang menghubungiku. seolah-olah memberi harapan!
sekarang tanamkan dalam diri,
dia hanya kawan! dia hanya seorang lelaki! tidak lebih dari itu. ok!

dear blog,

lega. sekarang baru aku tahu. dan tidak perlu aku mintak penjelasan apa-apa. aku tidak rugi apa-apa pun. dia juga tidak perlu tahu tentang ini. biar aku simpan. rapi.

dear blog,

jadikan saja itu sejarah.




*kali pertama aku gila!
* no big problemo! i am ok!
*baru sedar, ada lagi dua paper sebelum pulang~lalalalala


November 12, 2009

kau tak tahu apa rasanya!

0 terconteng
buat
jiwa-jiwa lelah
buat
hati berjahit
teruskanlah
telan semua pahit

buat
hati gila
usir si remuk
halau si sendu

terus senyum
itu ubatnya


*senyum sampai ke telinga
*aku mau kau terus ada

saya tak apa-apa

2 terconteng
dear blog,

i feel so empty right now. all of sudden the don't-know-how-to-describe feeling come accompany me all the day. feeling like missing someone. oh, not someone actually but a few important person in my small little world. i miss him. i miss her. i miss them. big time!
i feel sympathy for myself actually. things seem not on the right line lately. even a small matter might make me down. what a nuisance!

dear blog,

i just can't stop thinking of that somebody. even i tried harder to vanish that somebody from my mind. i just can't. but i know, nothing would change. that somebody was just my dream. that somebody was a history. nothing much. no doubt i still hope for the 'impossible dream' to turn real. i am hoping...
na na na...[ mind changing]
no. i can't do this anymore. i must step out from this stupid dream! please don't be a fool la. just think of the bright side, ok! there must be something that i've learned from the memory. i must find it out. no matter what. just let the memory be the history. i think it is not bad to come across such thing because i will learn a lesson at least.

again, dear blog,
two paper left. no matter what, just keep moving. there must be something waiting at the end of this hard journey ( i mean journey of this sem). hope so.

ohkay then.
i stop here. bubye dear blog.


*skeeping pulak.

November 08, 2009

sila lupakan saya

0 terconteng
Wish That I Could Move On
Can't Let Go,It's Too Strong Just Like That
And Then You're Gone
Is This How You Wanted It To Be
Everything You Had To Say

Sent The Tears Right Down My Face
Now I'm Trying To Escape
The Misery

Why Don't You Love Me The Way I Loved You
It Feels So Crazy

Cause I Dunno What I Did To You

If You're Gonna Hurt Me

Then Do It Quickly

Cause I'm Tired Of Cryin
If You Don't Wanna Stick Around
Then,****, Forget About Me


My Heart Was True

And That You Can't Deny
I am not a Fool
And make my way
From All The Lies






*forget about me
*i'll forget you

November 06, 2009

kelegaan yang tak terucap

0 terconteng
yuhuuu!

3 paper dah lepas. amat lega. (sambil mengurut dada). tadi baru saja selesai paper yang aku anggap paling killer, walhal tidak payah mana pun. oleh sebab aku tidak 100% bersedia, jadi aku tidak 100% boleh menjawabnya. yang penting dah usaha, selebihnya tawakal aja la. tunggu 22nd of december nanti. tarikh keramat tuh.(aduss).

so, ada lagi 2 paper yang perlu aku kerjakan. tapi lambat lagi mereka-mereka itu.*sengih*



*berkira-kira untuk bercinta dengan kekasih baru
*=p

November 05, 2009

cinta ke dua

0 terconteng



aku bukan curang. sedikit pun tidak terniat untuk berlaku curang. apa boleh buat apabila hati nan satu ini terjatuh cinta buat kali ke dua.

nota untuk kekaseh yang masih kekaseh: maafkanku hlovate. tetapi kau masih utuh di hatiku. akan kukenang setiap bait-bait ayatmu.

perlahan-perlahan bunga-bunga cinta kian mekar untuk andrea hirata. aroma semerbak di mana-mana. inilah penangan cinta ke dua. adusssss!

nota untuk kekaseh baru: terima kasih.





*p/s: si cinta-cintaku bukan manusia.
*aku cinta dua-dua
*gila novel~novel gila

November 03, 2009

si misi Aini

0 terconteng
from the bottom of my heart, i want to thanx my old best buddies for the memories. let the memories remain. *a big smile* and *drops of tears*

[suddenly, chanel telah ditukar]

tiba-tiba otak versi memoriku, terstimulate dengan sebuah memori. memori lapuk aku kira. peristiwa-peristiwa indah, pahit, manis,masam, masin itu berlangsung kira-kira bertahun2 yg lampau.
sudah berhabuk, lampau, silam, lapuk, berkulat.
perkataan itu aku gunakan untuk mendescribekan kelamaan dan kelampauan memori2 itu.

masih tergambar lagi di kotak benak ku, seorang kawan istimewa. lala.masa itu kami yang hingusan ini berada di darjah dua. sering di usik oleh kawan2ku yang lain apabila ada kakak-kakak misi datang untuk membuat pemeriksaan gigi.
lala sangat cuak berhadapan dengan kakak-kakak yang berbaju puteh itu. aini.merangkap kawan yang selalu menyakat si lala.
bercerita tentang modus operandi si misi aini. dia menutup mulutnya dengan tangan dan sebelah lagi tangan beraksi seolah-olah menjolok-jolok mulut lala. tangan yang lagi satu seperti mask yang dipakai oleh misi-misi. lala ni pulak, takutnya bukan kepalang.

*tersenyum aku sendiri*
aku pun tak terkecuali cuak.[ngee].
budak aini tu pun saja menyakat lala.padahal dia pun same je dengan kiteorang. [hampeh tul]

setelah sekian lama terpisah oleh jarak dan waktu, aku berkesempatan berjumpe si 'misi' aini. sudah besar kami sekarang.


lala.

*sigh*
lala masih ingat tak kat aku?lala, kawan istimewa.
lala tidak lama di sekolah kami. penghujung darjah dua,beliau meninggalkan kami.
informasi terkini yang aku dapat dari seorang kawan lama aku merangkap sepupu lala a.k.a kak ngah, lala dah tak larat nak melangkah. beliau berkerusi roda.
saat aku membaca baris-baris ayat yang di tulis kawan aku itu, luluh hati. tersentak.

takdir itu amat perit buat lala. tapi aku yakin, lala redha. dia yang tanpa dosa, aku harap sentiasa gembira. amiin.

itu satu memori. banyak lagi yang indah-indah. biar aku simpan kemas dalam benakku.





*notakakitangan: kau ada dalam kisah kecilku. aku ada dalam kisah kecilmu

November 02, 2009

apabila saya berkatun..

0 terconteng


katun bodo pertama: bukak mulut. keluarkan lidah. buat aksi jelir-menjelir.=p
maksud tersirat: ceriakan hari-hari anda. usir segala jenis kegusaran hati, jiwa, jantung dsb.

p/s: katun bodo ini bukan saya.
katun itu sedang merenung masa depan beliau. risau tentang final exam yang bakal tiba. besok sebenarnya bermula. LSP402.


katun yang lagi sekor ni pulak, tetiba hujan. hurm,pada pendapat saya, beliau mengalami penyakit kerisauan tahap extreme.saya berteka-teki mungkin gusar berkaitan peperiksaan sama seperti katun sebelum beliau.


katun putih ketiga ni, rajin laa pulak. tapi saya tak nampak sebarang kertas atau buku di atas meja beliau. *saya pelik*



katun putih keempat. saya pikir beliau bosan. dan beliau mencari alternatif mengusir kebosanan dengan mendengar lagu. pada tilikan saya, bagus untuk kesihatan jiwa beliau.


haih. katun ini bercekak pinggang. mengeluh barangkali. beliau mungkin sudah bosan bersilih ganti belajar dan mendengar lagu.

saya mendapat maklumat terbaru, mak beliau (katun putih ini) membuat panggilan. mak beliau menyuruh beliau belajar. jangan malas-malas. nanti balik umah, mak akan masak sedap2. itulah butir-butir percakapan mak beliau yang sempat saya tangkap muat dalam kotak ingatan.




hahaha. cheer up your life bebeh!

*itu saya sebenarnya
*ngeehehe~
 
© 2010 All Rights Reserved. Template design by Lone Rangers