December 28, 2009

nota untuk beruang 3

5 terconteng
to: beruang gg

p/s: pergilah ke zoo. panda ok. tinggalkan panda. panda tak mahu beruang lagi. sebab beruang tak boleh bersama panda lagi. beruang bukan untuk panda. panda tak sedih. macam yang panda pernah tulis dalam nota yang lalu, manis itu tak lama.

from:panda




*nota ni tak boleh tunggu entry 29hb. sebab dua perkara berlaku dalam satu hari.

nota untuk beruang 2

0 terconteng
to:beruang gg

p/s: panda tahu.manis itu sekejap.untuk nota kali ini pun,panda mahu ulang lagi,terima kasih. beruang buat panda ceria bersama gigi2 beruang. (heh). panda tahu jugak, manis itu tak lama. sebab nanti beruang terpaksa pergi ke zoo. beruang perlu jagaan rapi. itulah,beruang kurus,tak cukup makan. nanti panda rindu beruang,ok.

from: panda

December 27, 2009

nota untuk beruang

1 terconteng
to :beruang gg

p/s: terima kasih. padamkan ingatan jahat itu ok!. panda minta maaf. panda suka gigi kamu~.

from:panda

December 26, 2009

pagi 26

1 terconteng
langit tidak mendengar..
(repekan sampah pembuka bicara)
hari ini tanggal 26 Dec 09. beberapa hari lagi tahun baru.
tahun baru.perlu ada azam baru?? (sinis)
kalau perlu ada, masih ada waktu untuk mengarut azam baru.
jika tidak perlu, azam lama belum dilunas.





*memang langit tidak mendengar.

subuh masih ada

0 terconteng
dia mahu lelap
selamat tidur...
dia mahu pejam
selamat tidur...
dia mahu lena
dalaman dakapan gelap malam.
dia mahu mati sebentar.


...semoga esok subuh masih ada
harap malam tidak kejam.

December 25, 2009

belakang waktu

0 terconteng
Seperti dia
Seperti jiwanya
Menyusuri telaga waktu
Seperti langkahnya

Sejenak berhenti
Dia dapat berdiri
Lalu dia bersiap berlari
Menapaki bumi

Jangan berhenti
Tetaplah berdiri
Lalu dia bersiap berlari
Berada di bumi

Hatinya selalu tetap begitu
Tetaplah di belakangnya
Hingga hari berhentinya waktu
Tetap iringi langkahnya

Suaranya tak lagi bertahan
dia yang selalu di belakang waktu

December 24, 2009

sirkulasi sepi

2 terconteng
kabin kecil itu kosong.
dek itu juga kosong
dia perhatikan segenap bucu-silent
semua orang yang dia sayang ke mana?

kalau dia memang sepi, maka dialah yang sepi.
dia terima.dia terima dan dia terima.
takdir tidak berdosa. maafkan dia kerana buruk sangka. luth mahfuz ada segala2nya. kadang2 dia lupa.ya, dia manusia. seperti kamu. lumrah manusia tidak sempurna. dia tidak sempurna!
semuanya berada di sirkulasi tersendiri. dia terima!


*dia tak kebal! air itu sering berkolam.

December 21, 2009

mati rasa

0 terconteng
di sisi kanan
di sisi kiri
ramai manusia bercacak di tepiku
telinga sentiasa terdengar bunyi
...variasi
ketika mataku pejam pun, bunyi2 itu ada
...variasi
aneh menguasai kepala
kenapa masih vakum? ya. hidup aku vakum dan..vakum.
oh! tolong,aku sedang mencari sesuatu! aku tak rasa aku ini aku.
kerap aku mencium bumi
rebah menyapu tanah. lutut berdarah.ubat sudah di sapu.tidak juga mahu sembuh!
mudahnya mengaku kalah! ku lihat sekeliling, manusia lain laju berlari. aku jatuh dan mahu bangkit. aku berjalan.dan bukkk!
hari ini rebah lagi. dan sejarah ini akan berulang.
setiap sudut aku renung.(mataku tak tajam).sudut duniaku.
aku sedang mati.mati rasa.
..vakum
dan skeptikal mula menyinggah.

*bagaimana esok?oh, mati rasa lagi.

December 20, 2009

hipotesis menjauh

4 terconteng
dulu
lepas saya kenal awak
saya terus suka awak
saya tak pernah macam ni
awk buat saya gila
saya tahu
itu tanpa sengaja
tanpa hipotesis
saya pun
tidak meminta
cuma
yang pasti

langit saya tak cerah
pelangi saya belum tunjuk warna
bintang saya malap
bulan saya tidur
mentari saya terlindung
awan saya sarat

itu kisah lama
waktu itu duri2
hati buta
mengkhinzir buta
kabur mencelah
mimpi
menggalah tinggi
menggunung awan

lepas saja
itu terindah
terima kasih


rubbish bin

1 terconteng



pernah tak rasa macam tong sampah?
apo?
tong sampah?
iyea2 lah..tong sampah. rasa tong sampah tu macam mana?
laah, macam tong sampah lah.
[spinning!]







p/s i hate yu: do not litter!

grrr.

3 terconteng
today is sunday
tomorrow is monday
then tuesday!

i am waiting for tuesday to come!


a lil bit excited but kinda worry~

[entah ape laa ropenya result sem ni.uhuk2]



*p/s i love yu untuk incik mata: sila2 laaaa pejam. within a few hours to come ,kena membawa diri ke makmal.oh!

December 18, 2009

waktu perniagaan

1 terconteng















"incik, bila waktu beroperasi kedai incik?"

"kalau nampak pintu bukak, beroperasi la tuh"

@#4%%6&*%*&^%*


*huh!

December 15, 2009

matinya si pelukis.perginya si doktor

0 terconteng


dulu, masa zaman tadika (tadika ke tabika?),cikgu selalu ajukan soalan yang lazim ini kepada murid.

"nanti besar kamu nak jadi apa?"

atau versi skema tapi maksud yang sama

"cita-cita kamu apa?"
"pelukis, cikgu" ini jawapanku sewaktu 15 tahun dulu.

Dan jawapan itu jugalah yang keluar dari bibir sewaktu di sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 4. kenapa pelukis?kenapa tidak lawyer? majistret? doktor? ini jawapannya.

Sebab dulu, setiap kali pertandingan mewarna dan melukis di sekolah, aku lah yang menjadi johan.warna-warna menarik minat aku.melukis itu satu cara halus meluahkan segala rasa atau apa-apa sahaja.
. (clear throat) mungkin berkisar tentang alam, manusia, dan apa-apa sahaja.

Vincent Van Gogh. berinspirasikan dia.

aku matikan cita-cita kecilku di situ.

Dan lahir cita-cita baru. sering berubah-ubah. kadang-kadang doktor.kadang-kadang cikgu. kenapa
doktor? ini jawapan waktu itu.

sebab setiap kali peperiksaan sewaktu menengah atas,markah matapelajaran biologiku sentiasa A. tetapi aku lupa. untuk menjadi seorang doktor, itu sahaja tidak cukup. bahkan semua subjek mesti lah A.

aku
seorang doktor juga mati disitu.

(sigh) si pelukis dan doktor sudah mati. sekarang, aku pun tidak tahu. hanya berdasarkan keputusan belajar di universiti, itulah yang menjadi tiket untuk menjadi pengganti si pelukis dan si doktor.

*jadi suri rumah tangga sepenuh masa.hehe

December 14, 2009

i am hungry! not angry!

0 terconteng

saya rasa saya mahu ini,,


















dan saya rasa lagi, saya mahu ini,,





ini pon saya rasa saya mahu!



*nota.kaki.tangan=mouth watering!ekekkee

December 13, 2009

bukan semua indah!

0 terconteng



usah dikira..
pasti lelah
usah dihitung..
pasti sakit
usah dibilang..
pasti pahit
usah diungkit..
pasti perit

aku jiwa lelah. daerah itu selalu rebah.sesak. bungkam.
segenap ruang.
yang pasti..
butuh detik damai
jahit luka dijiwa..
biar kutelan semua
kerana aku bukan semua indah!



*nota.kaki.tangan-tak mengapa.sudah biasa.

December 12, 2009

boleh tak nak kawen?

0 terconteng


flower power



teringin..

[mood bosan plus malas plus ting tong]

saat-saat encik Boring mendominasi, kepala mula la ting tong.=p
dua keping foto di atas mencetuskan fenomena 'nak kawen' dalam diri aku.
hahaha [gelak besar]
boleh plak cenggini. memang mengundang maut sebelum ajal! (kalau big b0ss kt umah taw)

boleh tak kalau nak kawen?
'GEDIKNYEEE anak aku!'
(mak aku cakap =p)

'yea la mak. boring ni.' boleh plak jawab cenggini belakang mak.uhuu.


boring sangat,sangat boring.



*untuk pemilik foto:halalkan yea.ngee~

December 11, 2009

as i guess

0 terconteng
dear blog,

[sigh]
i still can't make it!!
2 days i go to lab and come out with nothing done in hand.
poor me.
day 1-the pipette jeevan bawak gi skul farmasi.another one with the desired ml rosak

day 2(today)-beratur plak orang lam lab tu nak wat media.autoclave lagi. about an hour. aku da tunggu macam ape je~lama saaangat. then, saraf neuron2 aku bekerja, menghantar impulse dan dua pilihan tercetus-aku tunggu smpai petang untuk buat osmoprotection media tu atau datang pagi2 buta esok. sejam jugak laa hati rajin dan hati malas bertarung.tara! ape lagi, the second choice lah aku pilih. ngeee~

*harap sgt esok aku bley siapkan ape yang kena disiapkan tu.

December 10, 2009

mereka2

0 terconteng



-PLBs of Dendrobium sonia in culture jar-



Alhamdulillah~
this is the current Dendrobium sonia yang survive!
half of 'em contaminated dowh~
[very depressed]
penat je bersengkang mata berjam2 bawah lampu laminar hood.
oopss. lupa plak! tak elok merungut.
maaf mak.
huhu

i am waitin to proceed with the next step of cryopreservation.
but so sad.
can't do either~
laminar hood bookin oreydi fulled.



*waitin in boring~ehehe
*thesis mood???

pipette oh pipette !

0 terconteng
adeh laaa
pipette punya pasal
i have to cancel wat osmoprotection media
besok arap2 laa ade benda tuh

[dancin' in mind]
g pagi2 buta ke lab tomollow~
makin the osmo media~

with high hope :D

December 08, 2009

rasa

0 terconteng
mencari di celah-celah waktu
entah apa..
mentafsir tika langit siang
entah apa..
merenung jauh ke langit malam
entah apa..
kelirunya apabila semua rasa menari-nari dalam kepala
gerak tari rasa..
kecamuknya apabila rasa-rasa itu memenuhi segenap ruang
ruang hati.ruang waktu.ruang hidup.
sungguh..
rasa ini tidak bertepi
butuh waktu bersendiri
menagih saat silam
keliru
kecamuk
semua bersimpang siur
berliku-liku
sungguh..
sedang keliru.

noktah.

December 06, 2009

unwanted

0 terconteng
damn

gone

jam!

December 03, 2009

tunjuk satu bintang

0 terconteng
malam.si bulan terang menemani.sang bintang ada bersama.sang bintang sang pedoman. si bulan dan sang bintang itu untuk malam.malam itu pekat.hitam.malam itu tenang.damai.ilham.malam itu hidup.bernyawa.malam itu bukan siang.siang itu bukan malam.malam itu malam.malam itu kisah kita.







*kenape aku karut pasal malam?sebab tyme tangan menype ni dah malam.
*dah malam=tidorlah!
 
© 2010 All Rights Reserved. Template design by Lone Rangers