January 31, 2010

pikiran menjerit!

2 terconteng

Di dalam awalku, aku menemukan akhir, dan di dalam akhirku, aku menemukan awal-T.S. Eliot



oren petang perlahan hilang. ah, aku penat! aku mahu diam dan senyap. dunia memang bingit! aku mahu jadi watak jahat! aku letih mengusung tubuh baik ini sedangkan aku tahu aku di sepak2, di jengkil2. aku tidak sedang berdusta.sungguh aku penat.letih.bosan! aku jengkel dengan dunia!
tuhan, bantu aku!

*bantu aku tenang.aku mahu pejam.

January 29, 2010

menghukum; karakter yang relatif normal

2 terconteng


aku suka kamu seperti itik menyukai air,boleh? ah, persetankan itu.suka? ( mahu sedih lagi?mahu benam kepala dalam mangkuk tandas lagi? mahu bungkus 2 hari dalam selimut?mahu bengkak2 mata lagi?mahu??)

memang gila!

adakah kerana aku perempuan? senang berperasaan begitu?kerana aku perempuan, makanya air mata itu milik aku?
(demit)
ini memang peribadi.tapi ah, kamu boleh baca. dan aku tak rasa ini terlalu peribadi sehingga melibatkan perkara dalam baju. aku bukan artis untuk di diperbesar2kan cerita satu malaysia.aku bukan artis, bukan jugak politician or related dengan mereka2 untuk disoh-seh2. makanya, aku tak kesah kalau aku tuliskan seperca ceritera hidup aku. asalkan masih ada batas lingkaran had. lagipun, bukan ada manusia mahu ambil tahu setiap inci ruang hidup aku. jadi, sekali lagi, aku tak kesah.dan (adei, banyak pulak pesanan) ini blog aku, so dengan rasa bebasnya untuk menulis (menaip) apa2 tentang aku. dan (ada lagi?.ok2 yang ni last) aku tak berminat untuk memasukkan cerita manusia lain dalam ruang virtual ini (aku bukan badan-sibuk) (kalau ada, mungkin tanpa sengaja dan betul2 tak ada cerita pasal aku untuk di taip.)

sounds fishy??
ahah!
kamu boleh kata aku self-centered.kamu boleh kata aku tak up-to-date. kamu boleh kata aku membosankan.sila! katakan apa saja!

kamu berhak! baca dan hukum.baca dan tafsir.

aku sedikit kecewa dengan (pesimis) manusia yang suka menghukum tanpa mengambil tahu atau memeriksa terlebih dahulu. dan satu keharusan-mengkategorikan manusia. adakah itu sifat azali manusia? fitrah? sungguh ka-si-han. ...tetapi aku tak rasa itu satu jenayah alam manusia kerana itu satu karakter yang relatif normal.




January 26, 2010

kayu langgar aku

5 terconteng

oh.ohkay.
sekarang baru faham
kenapa
mengapa
sebab apa
memang salah sendiri (padan muka)
betul
salah itu mengajar yang betul
.............



January 21, 2010

frustasi menempel di wajah hari

3 terconteng



menatap ke dalam ketiadaan sejak waktu dimulai
di sana, tetapi tidak juga di sana, dia berdiri
di dalam dunia yang diisi banyak mimpi
tidak ada yang lebih rumit
selain suara2 jahat
dengan tatapan malaikat, tidak diragukan
tetapi juga tanpa kemampuan
untuk mencinta
atau
merasakan apapun yang lebih rumit
apalagi yang di ajar oleh hidup
selain kenyataan
bahawa
hidup tidak memberi jaminan





selamat hari tua

1 terconteng


perutusan dari naziela:

selamat hari tua
untuk sari monaliza
merangkap kawan
dari kecik sampai tua ni ha.

May ALLAH bless u!

January 20, 2010

beruk oh beruk

3 terconteng














figura seekor beruk: cool kan?.(jangan tiru aksi beliau)


belek2 suratkhabar dua tiga hari ni, hangat dengan isu kempen merokok negara gagal. dari hemat aku (ecece), memang gagal pun. mana tidaknya, rokok senang nak dapat kat kedai2. harga murah pulak tu.patut naikkan harga. budak2 bawah umur pun terjebak sama. adoiii,apa laa nak jadi. mak bapak pun bukan banteras habis2an anak diorang hisap rokok ( ada contoh kat umah depan mata ha.)

macam2 hal la kan. kesan merokok ni, long-term. bahaya tahu?
kenapa bahaya? banyak kalau aku nak type kat sini. kompem kamu2 sedia maklum. tapi yang aku nak highlight kat sini, bahaya kat orang sekeliling.tahu?
tengok laa aku ni, sihat wal afiat. (maaf, bukan niat untuk kembang2).abah kat umah non-smoker. umur beliau sudah mencecah 45 tahun ni, tapi alhamdulillah, beliau sihat dan bebas dari sebarang penyakit.gigi beliau pun putih berseri2.hehe. (sayang abah!)




ini pesanan dari tuan punya blog:
kepada siapa2 yang sedang mencari atau sedang menyekodeng lelaki untuk dijadikan suami, sila cari yang tak merokok,muka tak hensem pun takpe.hehehe.janji bakal anak kamu2 dan kamu2 sihat.

January 19, 2010

i heart this song

2 terconteng


"Cold As You"


You have a way of coming easily to me
And when you take, you take the very best of me
So I start a fight cause I need to feel something
And you do what you want cause I'm not what you wanted

Oh what a shame, what a rainy ending given to a perfect day
Just walk away, no use defending words that you will never say
And now that I'm sitting here thinking it through
I've never been anywhere cold as you

You put up walls and paint them all a shade of gray
And I stood there loving you and wished them all away
And you come away with a great little story
Of a mess of a dreamer with the nerve to adore you


You never did give a damn thing honey but I cried, cried for you
And I know you wouldn't have told nobody if I died, died for you


Oh what a shame, what a rainy ending given to a perfect day
Every smile you fake is so condescending
Counting all the scars you made
And now that I'm sitting here thinking it through
I've never been anywhere cold as you

[tayl0r swift]



yes, it is. i did not know what i would find when i went looking for a reason. so, here's everything coming down to nothing. well, people is people.

huhu.
teremo lah. sorry! it's all my fault. i must let ' you' go.


January 17, 2010

bayangan kamu:menari-nari seperti hantu

2 terconteng



jauh sana

pergi sana jauh-jauh
kamu sisi gelap
gelap dan dalam
gelap yang mengikatku rapat2
dalam yang merimaskan!
lalu apa yang tinggal padaku?
...diam dan senyap

January 16, 2010

annoying!

4 terconteng

aku dan kamu

(flop poppy)

(1) kau masih cantik seperti dulu

saat pertama kujumpa denganmu

terasa inginku bersamamu

tapi aku tidak seperti dulu

(2) kau senyum mesra

mungkin tak mengapa

tapi ku tak bisa

pasti ada yang kan terluka

(3)jangan di tunggu

pasti takkan berlaku

walau kucinta kamu

biar disimpan

adakan sempadan

aku dan juga dirimu

(4)kini aku telah berdua

masa depan yang tak kita duga

kutahu kau masih mengharap jua

tapi ku tak bisa meninggalkannya


berulang kali aku dengar lagu ni, tapi persepsi tetap sama -irksome!

kat atas ni, lirik lagu.mesti kamu2 tahu camne nak nyayi lagu ini,bukan? (kalau tak tahu buat2 tahu,ok?).kamu2 faham tak cerita di sebalik tabir lirik berkenaan? (kalau tak faham, buat2 faham,ehee). apa kamu2 rasa kalau kes 'langgar lari' tu berlaku pada kamu2? eheh, tak kan laa senang hati laalalalaa pulak kan?

absurd!

memang absurd! kalau ada siapa2 tanya aku apa perkara yang paling absurd kat muka Bumi ni, jawapan aku ialah c.i.n.t.a.cinta.yep, exactly!

kenapa aku kata cinta tu absurd? sebab cinta tu misteri. 'langgar lari' yang dinyatakan di atas bukan merujuk kepada langgar lari di atas jalan raya.ok. silalah jangan buat2 kompius. barangkali ada yang akan cakap,"mungkin beliau (si pesalah) ada sebab munasabab atau alasan tersendiri atau alasan reka cipta"

mudah bukan untuk lari dari pelanggaran yang bermomentum besar itu.(momentum?) hanya bagi alasan atau sebab.nah! sekarang kau bebas. sekonyong-konyongnya blah macam ayam lepas patuk cacing!

walau berguni-guni alasan yang diberikan, satu jeh perkataan yang suit-u,annoying! (kejam tak?).apa? ingat senang2 macam tu jeh? ingat perasaan ni macam kueh ke? kalau kena time buat tak sedap, takmo makan. ello, perasaan bukan kueh,ok. perasaan is perasaan.tolong jangan bereksperimentasi dengan perasaan!(haha, emo laa pulak!)

ok2, takmo emo-emo dah.(^-^) nak buat konklusi dah ni.

konklusinya, apa-apa jeh la.janji suka hati lalallalaa~

January 14, 2010

paragraf hidup;lelah berlari

2 terconteng
serius-aku sedih, kecewa, geram
kenape?
bahagia tu bukan untuk aku kah?
aku tak layak bahagia?
aku kecewa sebab manusia sekeliling aku.(maaf, tahap sensitivity aku tinggi)
aku berani reveal true colors aku kat sini sebab aku tahu tak da sapa baca entry aku ni.tak kesah pun.janji aku puas!

honestly, aku tak punya ramai kawan kat sini.
bukan aku spesies tak suka berkawan.
tapi aku jenis tak banyak cakap.
ada orang cakap aku tak happening.ya!memang tak!
ada orang cakap aku pendiam. ya!memang aku pendiam.
ada orang cakap aku lone ranger. betul.memang betul.(kalo ramai2 jadi power rangers laa pulak kan)
sebab pengalaman banyak mengajar.bukan serik, tapi hati2.
ada orang cakap aku manja.ya betul!aku tak boleh kalo ada orang marah2 aku.nanti aku sedih.teruk kan?(macam budak-budak)marah2 pun agak2 la, aku ada perasaan gak.aku tak pernah pulak marah2 diorang. kalo aku marah pun aku diam je.nanti2 hilang laa marah tu.
dan perkara yang paling aku tak suka tentang diri sendiri ialah-aku susah nak bagi jawapan 'tak'.
contoh kalo ada kawan2 mintak tolong atau suruh apa2, aku akan bagi jawapan 'ya,boleh,ok etc' yang bermaksud aku setuju.betul ke kalo hati baik sangat, orang akan pijak kepala kita?
itu lah masalah aku sekarang ni.
aku cakap dengan kawan2 pun, jaga gila tutur baris bicara.yea la, kut2 ada yang terasa hati.takmo laa masam muka nanti.(masam ketiak pun takmo gak)
alih-alih, aku pulak yang terasa.(sungguh tak adil dunia!)
what the hell is this? dan for that very reason, aku banyak diam.
aku juga punya perasaan!(mahu saja aku jerit baris itu satu dunia)

jadi, aku simpulkan (tanpa tali, benang,riben etc) hidup aku memang macam ni.
aku hargai sangat kawan2 aku.rindu sangat kengkawan lama.miss them big time!(but, diorang tak de kat sini)


*diam itu lebih baik.

January 13, 2010

euforia si bulan

3 terconteng


tengah malam
pelan dan diam-diam
duduk senyap-senyap
...menggeliat

tengok atas
nampak bulan
mukanya penuh cinta

selamat tidur



*p/s i love yu: lena peluk bulan dan beruang.





January 12, 2010

tak pernah mimpi!

1 terconteng
beg LV berharga lebih RM 40,000.
wah! (naseb tak tercekik ngah mamam tadi)
bertuah betul Datuk Siti.dapat hadiah bday (ke-31) beg LV. (perggh,giles mahal tu)
tengok laa pulak kan sape kasik. ngeheee~

tak pernah laa pulak mimpi dapat hadiah camtu.(malam ni aku cuba buat2 mimpi tu,ekekkkee)


adehlaaa~

mano laaa sompat nak mimpi.tido pun otak duk ligat lagi.
fyp
plus study plus nanti nak keje ape.
fyp (final year projek) entah pape entah. (tssskk3,riso2).
kang tak pasal2 tak leh grad bln 8 nanti.takmo laa gtu.takmo.
salah satu azam baru masih aktif lagi.
yeah, petang2 jog.
naseb sem ni kelas tak sampai lewat petang.



*nota kaki kanan:lagi sikit lima lima.
*nota kaki kiri: gigih ke makmal. (even sangatlah tak suka)

January 11, 2010

lebih dari semuanya;tapi seperti musim,rupanya aku telah berubah

4 terconteng



setiap detik jarum jam, otak ligat bekerja.
menganalisa segala kejadian2 yang telah dan akan berlaku.
...dan aku segera sedar, ke mana pun nasib telah membawaku, semuanya bermula dari tempatku berdiri.
aku ingin bahagia.
ingin rasa bahagia sampai rasanya sungai mengalir hanya untukku,
bulan ada keranaku,
pelangi petang muncul demiku..
sang bintang tak kan berkerdipan kalau bukan untukku.
sungguh melankolik!

pengharapan adalah hak:manusia seperti aku. setiap sesuatu aku belum mengerti (hanya sedikit) even secara teoritis kerana sisi jahat dan sisi baik bertelingkah. malang menjadi manusia seperti aku!intensiti dan kapasiti kualiti hidup yang aku rasa merudum-seperti nangka busuk!bukk!

January 10, 2010

terbenam penuh persoalan:seperti langit mengutuk-ngutuk

2 terconteng



falsafah aku dewasa: hidup menjadi semakin payah
apabila semua perkara (kecik besar) menjadi sukar, pesimis menyinggah.
...bahagian hidup adalah mozek2.

January 09, 2010

teka laa tajuk ape..teka la...

2 terconteng
wink2~

hah! at last, my dear blog came out with this new appearance.
mula tu da nk pilih yg gile bunga2
padat lagi compact
buang tebiat ke ape?
wanna see?

meh sini meh


hehe(gelak sambil tutup idong)
-
-
-
-
melancong sekejap tadi
ni topic sebenar (tiada yg benar melainkan benar2 belaka)
aktiviti jog dan sit up diteruskan semula
wink2 (lagi)
ayuh,maju ke depan!
seperti biasa atau lazimnya, jog ngn minah ni ha,
azie yang cumel.
seingat laa kan, sem lepas start exercise ni
then, lucky, dgn maju jayanya ada perubahan
tu yang bertambah motivasi nak jog lagi
selalunya ujung minggu laa
pusing satu usm.
esok jog lagi
jom!






lima lima atau lima kosong?

2 terconteng
lima lima atau lima kosong?

logik akal, secara menurun, singgah lima lima dulu sebelum lima kosong.
oh,lambat lagi mau lima kosong
penantian tu macam tunggu nak masuk jamban jeh.(masa kat R&R)

lalallalaaa.
tunggu-tunggu-tunggu
dan tunggu lagi.

January 07, 2010

tersentap

3 terconteng
hold on
hold it back..

January 05, 2010

kerana aku manusia tipikal.

0 terconteng
bertahun kau menghilang.
menunggu - menunggu - menunggu.
aku bukan batang kayu buruk.tahukah?
iya.
berhari.berminggu.berbulan.bertahun. mana kau?

tak pulang-pulang.hati yang menjadi suam2 bimbangnya. kepala pusing2 peningnya.hati dum dam dum dam risaunya.

sudah puas aku tunggu. akal,kalbu,psikomotor berdiskusi.
konklusi penamat-cari alternative.

pahit macam peria.(bukan pria,ok).telan.dan telan.
tahukah apa yang aku tunggu?
bukan romeo.
bukan putera kayangan.
mr.right pun bukan.
bukan hujan emas.
ini yang aku tunggu-aku yang dulu.(kembalikan aku yang dulu.kembalikan aku ke waktu itu)
tunggu.salah.
cari!.suppose to be that.

current phase-recovering phase. psikomotor,bekerjalah! lupakan titik2 lampau! jangan jadikan aku mangsa situasi kehidupan lagi-monolog hati geram. jahat ada di mana2.baik ada di mana2.

*tambahan-tapi aku nikmati rasa ini.kerana aku manusia tipikal! warna hidup yang tak pernah kelam walau kelabu taik anjing!

tuhan memang cipta manusia penuh keanjalan

1 terconteng
5 jan 2010.

pelik je menaip gabungan dua kosong satu kosong.sudah 5 hari menginjak tahun baru.
bangun pagi. tak gosok gigi.(oh, sekali sekali).rumate aku pun tak kesah.
nak ke makmal rasa berat ponggong (how heavy is ur butt,huuh?)
azam tahun baru yang memang tak baru.

rasa mahu meneruskan aktiviti paling best ni.(apekah?)

sudah di maklum aku ni species vulnerable.mahu tidor untuk buang watak virtual itu.cara selesaikan masalah pon macam bangang je. memang menyakitkan diri sendiri. (shoot).
ah,what will be, will be.

January 04, 2010

watak virtual

2 terconteng
***** adalah satu watak dari ruang virtual. watak yang perlahan-lahan mendominasi segala ruang kosong dalam hidup aku. duhh! sulit dan menyulitkan. bukan cinta aku rasa.cuma tertarik (?).mungkin. entah.babe, payah nak control! usia sudah menjengah angka dua di hadapan dan di belakang. tapi masih belum punya sense ke arah itu. tidak penting buat masa ini aku kira. oh, banyak keje terbengkalai gara2 melayan perasaan yang tidak berperasaan (damn!).

perlu buang. aku sudah ada pengalaman. teruk jika dilayan nanti. nasib memang malang sebab aku vulnerable. shoot!
 
© 2010 All Rights Reserved. Template design by Lone Rangers