April 28, 2013

gila!

1 terconteng


Sesak.

Hidup yang entah apa-apa.
Penuh dengan hal  yang bukan-bukan.

Karut
Marut

Aku bingung
Bercampur.baur
Entah.

Hati resah.
Jiwa runsing.
Di mana harus aku mula?

Atau.. 




aku sedang gila!

 



December 21, 2012

0 terconteng
skeptik.
skeptikal.
dahhhh..selamat mimpi-mimpi indah!

March 14, 2012

0 terconteng

Cinderella’ sehari.


Hari itu terasa seperti ‘cinderella’.

‘Cinderella’ yang ke dewan tari.

Berjalan atas angin. Seolah-olah jarum jam berhenti di seluruh dunia.

Waktu kaku.

Beku.

Dan seperti si ‘cinderella’ yang terpaksa pulang sebelum detik 12 malam,

Begitu juga aku.

--------

Momen –momen itu indah,

Tapi perlu dilupakan…

Kerana mimpi jarang berubah kenyataan.

Pun begitu, pandangan aku tetap dan masih indah terhadap langsungnya hidup.


...because i am nobody

February 12, 2012

sulung

0 terconteng




REALITY BITES!!!



* ini ialah entri sulung untuk tahun 2012.

May 29, 2011

Pungguk bertenggek menunggu jelitawan di langit.

0 terconteng


Aku mendongak ke atas.

Memandang ke langit malam.

Bintang-bintang indah bergantungan di atas.

Cantik berkelip-kelip.

Semacam kanvas di simbah cat hitam di conteng-conteng bintik putih kecil.cantik.Cuma bezanya,kaku.

Sang bulan cerah. Penuh.

Semacam jelitawan di langit.

Terdetik dalam hati; si pungguk pasti sedang bertenggek menunggu saat bulan jelita muncul, macam malam ini.

*seorang kenalan ada bercerita kisah pungguk dan bulan, tapi aku lupa. Mitos sahaja aku rasa.

May 26, 2011

fragmen-fragmen hidup

0 terconteng


Fragmen-fragmen hidup.




Aku cuba untuk bersetuju bahawasanya aku hidup kerana masih ada perkara-perkara yang


memerlukan aku mengambil tempat dan mengisi ruang masa walau hanya sebagai watak


tambahan.






Hidup kerana diberi hidup.

introvert

0 terconteng

Aku introvert

Ada seorang kawan aku cakap, aku introvert.

Bukan seorang, mungkin dua atau tiga.

Tak ramai, sebab memang aku tak ramai kawan (pun).

Bukan menjauh, tapi itulah,sebab tu kawan aku sifatkan aku ala-ala ‘introvert’.

Ha.ha.ha. introvert? Bukan psiko lah.

Tak banyak berkongsi perasaan. Suka buat hal sendiri. Takut untuk bersosial. Bimbang untuk meramaikan kenalan.

Betul jugak tu. tapi…

Bukan tak mahu, tapi tak tahu bagaimana nak berkongsi rasa-rasa yang sedang bermain dalam ni; hati.

Jarang –jarang berkongsi.

Rasa rindu yang menari-nari;

Rasa teruja yang meloncat-loncat;

Rasa sedih yang mencucuk-cucuk jantung;

Rasa risau yang melenguhkan saraf -saraf otak;

Amarah yang menaikkan tekanan darah;

Semuanya lah.

Lebih selesa simpan sendiri.

Ada rahsia; takut dikata mengada-ngada, malu kalau tidak dilayan, risau kalau berkongsi aku dicebik.

Itu sebabnya;aku pasti.

Menulis ni pun, tak tahu nak guna perkataan apa untuk berkongsi sedikit rasa-rasa pahit manis hidup.

Ayat macam kayu ; skema.

Ha.ha.ha

Untuk kawan-kawan yang aku masih ada; terima kasih. I love you =)

 
© 2010 All Rights Reserved. Template design by Lone Rangers