May 26, 2011

introvert

0 terconteng

Aku introvert

Ada seorang kawan aku cakap, aku introvert.

Bukan seorang, mungkin dua atau tiga.

Tak ramai, sebab memang aku tak ramai kawan (pun).

Bukan menjauh, tapi itulah,sebab tu kawan aku sifatkan aku ala-ala ‘introvert’.

Ha.ha.ha. introvert? Bukan psiko lah.

Tak banyak berkongsi perasaan. Suka buat hal sendiri. Takut untuk bersosial. Bimbang untuk meramaikan kenalan.

Betul jugak tu. tapi…

Bukan tak mahu, tapi tak tahu bagaimana nak berkongsi rasa-rasa yang sedang bermain dalam ni; hati.

Jarang –jarang berkongsi.

Rasa rindu yang menari-nari;

Rasa teruja yang meloncat-loncat;

Rasa sedih yang mencucuk-cucuk jantung;

Rasa risau yang melenguhkan saraf -saraf otak;

Amarah yang menaikkan tekanan darah;

Semuanya lah.

Lebih selesa simpan sendiri.

Ada rahsia; takut dikata mengada-ngada, malu kalau tidak dilayan, risau kalau berkongsi aku dicebik.

Itu sebabnya;aku pasti.

Menulis ni pun, tak tahu nak guna perkataan apa untuk berkongsi sedikit rasa-rasa pahit manis hidup.

Ayat macam kayu ; skema.

Ha.ha.ha

Untuk kawan-kawan yang aku masih ada; terima kasih. I love you =)

March 03, 2011

Tak perlu selalu jadi baik

0 terconteng

Hidup dalam dunia ni, tak perlu selalu jadi baik.

Tengok orang,

Tengok masa,

Tengok keadaan,

Kau akan tahu, kenapa.

Pernah dengar (atau baca), ‘buat baik berpada-pada,’?

Sebab nanti, kepala kau kena pijak!

Orang tak balas budi tak apa, jangan mengharap,

itu asasnya ikhlas,

…

tapi memang kasihan kalau diambil kesempatan.

...

Keji!

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Aku pasakkan ini dalam jantung.

February 16, 2011

kisah itu darah dan nafas

1 terconteng

Sekarang.

…Sudah lama melangkah ke sebuah episod baru dalam hidup.

Episod?

Habis belajar - duk tunggu keje punya episod;ha-ha-ha-ha. Bukan menganggur. Duk tunggu keje je.

*sengih*

Nak sambung lagi ke? (dalam kepala; keje cari duit poket, pengalaman dulu meh)

*haih*

Selesai cerita dari satu alam yang amat (amat) indah; alam be-la-jar. Ya, bagi aku, sungguh indah. Dalam relung masa itu, terkandung cerita-cerita dan orang-orang (kawan) mengambil tempat dan masa untuk tempoh itu. pelbagai.

masih kedap tersimpan dalam bekas; hati.

*senyum mendongak langit*. syukur.

Tahniah kepada (kawan-kawan) yang sudah nikah,

Tahniah kepada (kawan-kawan) yang sudah baby,

Tahniah kepada (kawan-kawan) yang sudah jadi tunangan orang,

Tahniah kepada (kawan-kawan) yang sudah dapat gaji; hehe,

Tahniah kepada (kawan-kawan) yang sedang sambung belajar.

Selamat berjuang untuk (kawan-kawan) yang seperti aku; menunggu kerja jatuh ke riba.

*sengih*

….akhir entri,

Aku doa pada Tuhan, agar kamu-kamu( semua) sentiasa sentosa. Sentiasa dirahmati.Dimana-mana dan bila-bila.

Kisah itu berbekas. Menjadi darah dan nafas.

Tak selalu-tapi rindu itu mengusik. *haih*

December 11, 2010

Langit maghrib dan perempuan tua

2 terconteng



Perempuan tua itu sedang duduk memandang langit maghrib.

merah jingga.

Burung-burung terbang pulang ke sarang.

ramai-ramai.

........

Terlukis sebuah rindu di wajah tuanya.

Walau disembunyi.

Terlakar sepi pada muka tuanya.

Jelas.

Rindu itu sakit. Sepi itu sakit.

Apa lagi yang tinggal untuknya, selain anak dan cucu.

Apa lagi harapan si tua itu, selain anak dan cucu.

Apa lagi sandaran untuknya, selain anak dan cucu.

Ada tapi jauh.

Ada tapi seperti tiada.

Kasihan si perempuan tua itu.

Kasihan.

.....Itu rupa hari tuanya.

Entah bagaimana rupa hari-hari tua aku.


Terus berbisik pada Tuhan. Semoga baik-baiklah semuanya.


Aku dan kau, akan merasa hari-hari tua, itupun kalau hidup berlangsung panjang, itupun kalau yang di atas mengizinkan.


James Morrison, hujan dan menulis

1 terconteng


Menulis.

Aku tidak pasti aku menulis kerana apa. Yang jelas, apabila ada rasa yang bermain-main aku akan menulis; kecewa, rindu, sakit, mual, benci, buntu dan segala macam rasa. Menulis memberi celah kepada aku untuk melayan perasaan (tadi) dan fikiran. Dan ya, menulis mula membibitkan keterujaan dalam diri aku. Belum tahap kegilaan melampau.biasa-biasa. Justeru, menulis dapat memuaskan rasa keterujaan. Tambahan, apabila baru menemui perkataan atau jorgan baru, perasaan untuk bereksperimentasi dan mempraktis membuak-buak.

Dan, oh,hujan.

Biarlah, sudah musim bah.

Menulis bertemankan James Morrison sungguh damai waktu hujan begini,oh!

Dan, aku hanya picisan. Menulis adalah satu perkataan yang terlalu mahal untuk dipadankan dengan manusia yang biasa-biasa; seperti aku.

Hujan...perlu neskafe panas.



 
© 2010 All Rights Reserved. Template design by Lone Rangers