Showing posts with label dia itu aku. Show all posts
Showing posts with label dia itu aku. Show all posts
May 15, 2010
soalnya dia
Dia memang begitu
di luarnya jelas seperti tidak kisah
tapi jauh terdasar,dia punya hati raung
dia cuma malas berdebat membuat onar
ah,bukan ada siapa kisah soalnya dia,
fikirnya,
buang karan.
lebih untungnya diam,muhasabah.
teringat dia akan sepotong ayat temannya,'persetankan orang disekeliling kau,mereka tak kisahkan kau,abaikan! tapi ingat wahai sahabat, Sang Pencipta tak pernah lupakan kau!walau sedetik!'
..dan dia teguh dengan ayat itu.
contengan oleh
*naziela
February 23, 2010
awak ni tak de perasaan eh?
'awak ni tak de perasaan eh?' mr. rosli
'erk,entah.tak de rasa pape pun' budak perempuancomot
pukul 3 pagi, budak perempuancomot jalan melenggang bayam sorang2 dari makmal biologi menuju ke kediaman beliau. perjalanan yang kalau guna kaki makan masa 30 minit (kadar biasa) atau 15 minit (kadar luar biasa). Angin pagi sayup2 menyapa daun telinga di sebalik tudung putih. menusuk tulang2 hitam. budak perempuancomot tu berjalan separuh hipnotis panahan bersengkang mata separuh hari di makmal. dan....dia di makmal sorang2 sepanjang malam sehingga jam 3 pagi. bangunan tu merupakan salah satu bangunan paling tua dan lama di dalam kampus. jam 3 pagi! ah, budak perempuancomot tu seolah-olah tidak merasa apa-apa! jam 3 pagi (sila ulang!).
'awak ni tak de perasaan eh?' mr.Rosli
'awak ni gila ke?' monica
sambil monica sengih kuda terkejut. tanda seru jelas di kepala.
'entah. kebas kut.'
'serius, tak rasa pape'
'semua perasaan hilang'.

January 21, 2010
frustasi menempel di wajah hari
menatap ke dalam ketiadaan sejak waktu dimulai
di sana, tetapi tidak juga di sana, dia berdiri
di dalam dunia yang diisi banyak mimpi
tidak ada yang lebih rumit
selain suara2 jahat
dengan tatapan malaikat, tidak diragukan
tetapi juga tanpa kemampuan
untuk mencinta
atau
merasakan apapun yang lebih rumit
apalagi yang di ajar oleh hidup
selain kenyataan
bahawa
hidup tidak memberi jaminan
contengan oleh
*naziela
December 26, 2009
subuh masih ada
dia mahu lelap
selamat tidur...
dia mahu pejam
selamat tidur...
dia mahu lena
dalaman dakapan gelap malam.
dia mahu mati sebentar.
...semoga esok subuh masih ada
harap malam tidak kejam.
selamat tidur...
dia mahu pejam
selamat tidur...
dia mahu lena
dalaman dakapan gelap malam.
dia mahu mati sebentar.
...semoga esok subuh masih ada
harap malam tidak kejam.
contengan oleh
*naziela
December 25, 2009
belakang waktu
Seperti dia
Seperti jiwanya
Menyusuri telaga waktu
Seperti langkahnya
Sejenak berhenti
Dia dapat berdiri
Lalu dia bersiap berlari
Menapaki bumi
Jangan berhenti
Tetaplah berdiri
Lalu dia bersiap berlari
Berada di bumi
Hatinya selalu tetap begitu
Tetaplah di belakangnya
Hingga hari berhentinya waktu
Tetap iringi langkahnya
Suaranya tak lagi bertahan
dia yang selalu di belakang waktu
Seperti jiwanya
Menyusuri telaga waktu
Seperti langkahnya
Sejenak berhenti
Dia dapat berdiri
Lalu dia bersiap berlari
Menapaki bumi
Jangan berhenti
Tetaplah berdiri
Lalu dia bersiap berlari
Berada di bumi
Hatinya selalu tetap begitu
Tetaplah di belakangnya
Hingga hari berhentinya waktu
Tetap iringi langkahnya
Suaranya tak lagi bertahan
dia yang selalu di belakang waktu
contengan oleh
*naziela
December 24, 2009
sirkulasi sepi
kabin kecil itu kosong.
dek itu juga kosong
dia perhatikan segenap bucu-silent
semua orang yang dia sayang ke mana?
kalau dia memang sepi, maka dialah yang sepi.
dia terima.dia terima dan dia terima.
takdir tidak berdosa. maafkan dia kerana buruk sangka. luth mahfuz ada segala2nya. kadang2 dia lupa.ya, dia manusia. seperti kamu. lumrah manusia tidak sempurna. dia tidak sempurna!
semuanya berada di sirkulasi tersendiri. dia terima!
*dia tak kebal! air itu sering berkolam.

Subscribe to:
Posts (Atom)