Showing posts with label duniaku. Show all posts
Showing posts with label duniaku. Show all posts

January 14, 2010

paragraf hidup;lelah berlari

2 terconteng
serius-aku sedih, kecewa, geram
kenape?
bahagia tu bukan untuk aku kah?
aku tak layak bahagia?
aku kecewa sebab manusia sekeliling aku.(maaf, tahap sensitivity aku tinggi)
aku berani reveal true colors aku kat sini sebab aku tahu tak da sapa baca entry aku ni.tak kesah pun.janji aku puas!

honestly, aku tak punya ramai kawan kat sini.
bukan aku spesies tak suka berkawan.
tapi aku jenis tak banyak cakap.
ada orang cakap aku tak happening.ya!memang tak!
ada orang cakap aku pendiam. ya!memang aku pendiam.
ada orang cakap aku lone ranger. betul.memang betul.(kalo ramai2 jadi power rangers laa pulak kan)
sebab pengalaman banyak mengajar.bukan serik, tapi hati2.
ada orang cakap aku manja.ya betul!aku tak boleh kalo ada orang marah2 aku.nanti aku sedih.teruk kan?(macam budak-budak)marah2 pun agak2 la, aku ada perasaan gak.aku tak pernah pulak marah2 diorang. kalo aku marah pun aku diam je.nanti2 hilang laa marah tu.
dan perkara yang paling aku tak suka tentang diri sendiri ialah-aku susah nak bagi jawapan 'tak'.
contoh kalo ada kawan2 mintak tolong atau suruh apa2, aku akan bagi jawapan 'ya,boleh,ok etc' yang bermaksud aku setuju.betul ke kalo hati baik sangat, orang akan pijak kepala kita?
itu lah masalah aku sekarang ni.
aku cakap dengan kawan2 pun, jaga gila tutur baris bicara.yea la, kut2 ada yang terasa hati.takmo laa masam muka nanti.(masam ketiak pun takmo gak)
alih-alih, aku pulak yang terasa.(sungguh tak adil dunia!)
what the hell is this? dan for that very reason, aku banyak diam.
aku juga punya perasaan!(mahu saja aku jerit baris itu satu dunia)

jadi, aku simpulkan (tanpa tali, benang,riben etc) hidup aku memang macam ni.
aku hargai sangat kawan2 aku.rindu sangat kengkawan lama.miss them big time!(but, diorang tak de kat sini)


*diam itu lebih baik.

January 04, 2010

watak virtual

2 terconteng
***** adalah satu watak dari ruang virtual. watak yang perlahan-lahan mendominasi segala ruang kosong dalam hidup aku. duhh! sulit dan menyulitkan. bukan cinta aku rasa.cuma tertarik (?).mungkin. entah.babe, payah nak control! usia sudah menjengah angka dua di hadapan dan di belakang. tapi masih belum punya sense ke arah itu. tidak penting buat masa ini aku kira. oh, banyak keje terbengkalai gara2 melayan perasaan yang tidak berperasaan (damn!).

perlu buang. aku sudah ada pengalaman. teruk jika dilayan nanti. nasib memang malang sebab aku vulnerable. shoot!

December 28, 2009

nota untuk beruang 3

5 terconteng
to: beruang gg

p/s: pergilah ke zoo. panda ok. tinggalkan panda. panda tak mahu beruang lagi. sebab beruang tak boleh bersama panda lagi. beruang bukan untuk panda. panda tak sedih. macam yang panda pernah tulis dalam nota yang lalu, manis itu tak lama.

from:panda




*nota ni tak boleh tunggu entry 29hb. sebab dua perkara berlaku dalam satu hari.

December 27, 2009

nota untuk beruang

1 terconteng
to :beruang gg

p/s: terima kasih. padamkan ingatan jahat itu ok!. panda minta maaf. panda suka gigi kamu~.

from:panda

December 26, 2009

pagi 26

1 terconteng
langit tidak mendengar..
(repekan sampah pembuka bicara)
hari ini tanggal 26 Dec 09. beberapa hari lagi tahun baru.
tahun baru.perlu ada azam baru?? (sinis)
kalau perlu ada, masih ada waktu untuk mengarut azam baru.
jika tidak perlu, azam lama belum dilunas.





*memang langit tidak mendengar.

December 21, 2009

mati rasa

0 terconteng
di sisi kanan
di sisi kiri
ramai manusia bercacak di tepiku
telinga sentiasa terdengar bunyi
...variasi
ketika mataku pejam pun, bunyi2 itu ada
...variasi
aneh menguasai kepala
kenapa masih vakum? ya. hidup aku vakum dan..vakum.
oh! tolong,aku sedang mencari sesuatu! aku tak rasa aku ini aku.
kerap aku mencium bumi
rebah menyapu tanah. lutut berdarah.ubat sudah di sapu.tidak juga mahu sembuh!
mudahnya mengaku kalah! ku lihat sekeliling, manusia lain laju berlari. aku jatuh dan mahu bangkit. aku berjalan.dan bukkk!
hari ini rebah lagi. dan sejarah ini akan berulang.
setiap sudut aku renung.(mataku tak tajam).sudut duniaku.
aku sedang mati.mati rasa.
..vakum
dan skeptikal mula menyinggah.

*bagaimana esok?oh, mati rasa lagi.
 
© 2010 All Rights Reserved. Template design by Lone Rangers