November 27, 2010

Orang dan isi cakap

3 terconteng

Kau,kalau buruk,orang tak pandangla kau tu.

Kau,kalau merempat,orang jeling je kau.

Kau,kalau bekas penjahat,orang tak percaya kau.

Kau,kalau dulu pakar putar alam,orang dah tak percaya kau sampai mati.

Kau,kalau tak sekolah tinggi ,mana la orang nak sanjung kau.

Kau,kalau setakat gaji lekat celah gigi,orang tak berapa nak buka mata tengok kau.

Cakap-cakap orang yang macam kau orang,orang tak berapa nak endah.

‘alah,dia tu sekolah pun tak tinggi,boleh pakai ke cakap dia,apa laa sangat dia tu’

‘eleh, bekas lalok macam dia,boleh percaya ke ?’

‘orang tua tu,apa tahu? mana pernah pegi sekolah’

‘dia tu kan, anak-anak dia bukan baik,rosak semua,pandai pulak nak nasihat orang.’

Kau kena sempurna,luar dalam,poket tebal baru boleh bagi nasihat dan cakap-cakap – seolah-olah begitu yang mahu disampaikan.

Ini salah satu contoh ketidakadilan; ketidakadilan sosial-menghukum dan menilai orang yang bercakap, bukan isi percakapannya. Sebagai contoh; orang yang tidak berpelajaran tinggi bercakap dan memberi kata nasihat, kita tidak fokus kepada cakap-cakapnya, tapi kita akan fokus (mempersoalkan) terhadap ‘siapa dia’.

Aku pun bukan baik. ego tinggi macam langit. tapi baru tersedar dan sentiasa ingat ini untuk hari-hari mendatang.

Analogi: Anak ombak dan tulisan

1 terconteng

Aku tak mahu cerita aku dan kau jadi macam anak ombak dan tulisan di dada pasir.

Kau tahu kan?

Kau pernah pergi ke pantai?

Pernah tulis atau conteng apa-apa kat pasir pantai?

Aku bagitahu kau, tulisan yang kau tulis di pasir pantai mana pernah lama.

Anak ombak akan datang dan gigit semua tulisan kau.

Dan bawa pergi.

Hilang.

aku tak mahu aku dan kau jadi macam tu.

Aku tak mahu memiliki kehilangan.

.......

Sebab aku sayang kau.

Semua tentang kita kedap di sini;hati.

Ulang tulis - aku sayang kau (senyum).

--- Kau pernah dengar suara angin?

June 20, 2010

soalan ni buat aku....

4 terconteng



'dah keje?' ada orang tanya.

'dah', aku jawab.

'keje apa?' orang tu tanya lagi.

'jadi suri,' aku jawab lagi.muka satu sen.

orang dah mula tanya soalan tu.haih.
soalan ni atau yang lebih kurang (tapi versi lain) buat aku... malas nak keluar rumah.






June 19, 2010

adik oh adik

4 terconteng
'akak,ajar keje sekolah,'adik aku keluar suara.

tu,pagi tadi dia bising-bising mintak ajarkan.
esok dah sekolah.
bagus punya adik..
bertimbun keje sekolah,esok nak sekolah baru mintak ajar.
awal-awal tanak suruh.
elok sangat.


memang bagus,elok diamalkan selalu.ahah!


May 18, 2010

pulang ke pangkuan ketiak mak

2 terconteng
sekejap lagi,matahari muncul,aku pulang
pulang ke pangkuan ketiak mak
tinggalkan semua di sini
tapi, kenangan-kenangan aku bawa pulang
pahit
manis
semua aku simpan

o.k, dah.babai...

May 15, 2010

soalnya dia

3 terconteng



Dia memang begitu

di luarnya jelas seperti tidak kisah
tapi jauh terdasar,dia punya hati raung
dia cuma malas berdebat membuat onar
ah,bukan ada siapa kisah soalnya dia,
fikirnya,
buang karan.
lebih untungnya diam,muhasabah.

teringat dia akan sepotong ayat temannya,'persetankan orang disekeliling kau,mereka tak kisahkan kau,abaikan! tapi ingat wahai sahabat, Sang Pencipta tak pernah lupakan kau!walau sedetik!'

..dan dia teguh dengan ayat itu.




May 14, 2010

kisah kita sudah tamat

2 terconteng


sayu giler saat jari menaip entry ni. pulak sambil layan lagu-lagu leleh.malam dah sunyi.dah tak ramai yang ada kat sini.lagi beberapa hari je lepak kat sini.tempoh tiga tahun dah expiry.







Jabat tangan ku, mungkin untuk yang terakhir kali
Kita berbincang, tentang memori di masa itu
Peluk tubuhku, usapkan juga air mataku
Kita terharu, seakan tiada bertemu lagi

Bersenang-senanglah,
kar’na hari ini akan kita rindukan,
di hari nanti,
sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglah,
kar’na waktu ini akan kita banggakan,
di hari tua, wo~…

(sebuah kisah klasik,so7)



aku pasti rindukan hari-hariku di sini.tiga tahun di sini banyak mengubah pandangan aku tentang dunia.dan juga manusia sekeliling.terima kasih kawan-kawan untuk segala yang dikongsi.episod baru bermula...




 
© 2010 All Rights Reserved. Template design by Lone Rangers