November 27, 2010

Analogi: Anak ombak dan tulisan

Aku tak mahu cerita aku dan kau jadi macam anak ombak dan tulisan di dada pasir.

Kau tahu kan?

Kau pernah pergi ke pantai?

Pernah tulis atau conteng apa-apa kat pasir pantai?

Aku bagitahu kau, tulisan yang kau tulis di pasir pantai mana pernah lama.

Anak ombak akan datang dan gigit semua tulisan kau.

Dan bawa pergi.

Hilang.

aku tak mahu aku dan kau jadi macam tu.

Aku tak mahu memiliki kehilangan.

.......

Sebab aku sayang kau.

Semua tentang kita kedap di sini;hati.

Ulang tulis - aku sayang kau (senyum).

--- Kau pernah dengar suara angin?

1 comment:

 
© 2010 All Rights Reserved. Template design by Lone Rangers