March 23, 2010

sememangnya

4 terconteng



aku tak sempurna
kau pun sama
kalau kau sempurna,
kau bukan orang.


March 21, 2010

sampai tuhan bilang ya

1 terconteng
aku benci
benci bila harap tinggi,bila harap jauh
nanti kecewa datang
paling benci
bila rasa itu datang
lagi dan lagi

takut

kerna nanti
luluh meneman.
biar kosong. sampai tuhan bilang,ya.



March 16, 2010

walau jauh

5 terconteng


baru saja tadi, setelah sekian lamawaktu, kerana facebook aku dapat 'jumpa' balik kawan-kawan zaman sekolah

tenggelam sekejap

sungguh...

tenggelam bersama ingatan-ingatan dulu

mereka jauh. sungguh.aku rindu. rasa mahu bekukan waktu itu.jangan biar lepas.
mereka pernah jadi sebahagian dari aku. masing-masing rasa waktu itu.
benci.geram.sayang.marah.dengki.suka.cinta.kawan.rajuk.rajin.malas.gagal.berjaya.

semua lah.

yang paling berbekas, ponteng kelas.
nakal.
sembunyi dalam loker. ponteng prep.
nakal lagi.
kena rotan.
biasa la tu.dah nakal. mesti kena rotan.

semua dah berubah. dah lain. dia ke Aussie.dia tu ke Indon.dia lagi sorang ke Egypt. dia lain pulak ke Sheffield. jauh.
insyaallah. berjaya.

sungguh. tenggelam.
ada yang dah nikah.tunang. akan nikah.akan tunang. ada baby.akan ada.
dah kerja.belum kerja.sedang belajar. sambung belajar.

kawan, walau apa pun, korang tetap kisah aku. pernah.
banyak mengajar. dewasa.

aku tak lupa.

terima kasih.

walau jauh.








March 15, 2010

aku terima...

8 terconteng


...tapi andai sudah tidak

kalau sudah dikata tuhan tidak,
maka
tidaklah.

aku terima..



March 14, 2010

tekan.ditekan.tertekan,menekan-nekan

4 terconteng
ok.sekarang aku di zon selesa. dua hari bayar hutang tidur.seminggu bersengkang mata menahan lena menaip tesis untuk projek tahun akhir.fine, masa tu memang stress!

mahu teriakmelolong mintak tolong sapa masa tu? menyesal, uh?
memang.
salah sendiri. sendiri mahu ingat lah.
kan?

perlu berterimakasih kepada tekanan sebab buat aku jadi rajin untuk seminggu.

baru nak masuk cerita.
sapa kata tekanan tu tak baik?sapa kata tekanan tu tak perlu? sapa kata?


tanpa tekanan, aku akan sentiasa goyang kakibontot 24/7
tanpa tekanan, aku tak kan pernah pikir cara nak lepas dari tekanan tu.
tekanan tu bagus sebab jadikan aku kuatgagahperkasa
tekanan tu baik sebab bolehkan aku aplikasikan ilmu psikologi

kalau aku tak tertekan, aku tak akan pernah tahu rasa di tekan-tekan.

kalau tak ada tekanan, aku tak pernah tahu upayamampu aku redah tekanan tu.

tekanan buat aku menggunakan sel-sel otak yang memang fungsiciptanya untuk berfikir.

fikir dan fikir.

tekanan beri aku ruang untuk tertekan.
ya.

tekanan jadikan aku kreatif.
kreatif selongkarcari pilihan-pilihan untuk terus survive!

oh yeah,servaif!




March 13, 2010

kalau

4 terconteng
kalau tidak wujud perkataan kalau
kalau perkataan kalau tidak pernah ada
kalau...
kalau
ah, gilor.

kalau dari lama dulu aku rajinkan tulang taip intro dan literature review...
dah tak payah korbankan waktu tidur bersama beruang...
kalau dari lama dulu aku siapkan intro dan literature review..
tak susah-susah tak tidor sampai pagi seminggu
kalau dari dulu aku rajin...oh.semuanya dengan kalau..


kalau perkataan kalau tidak ada
tidak akan pernah aku menyesal semua kesalahan bodoh ni
sapa kata perkataan tu tak boleh guna??

cuma
cuma terpulang kepada individu bagaimana melihat betapa fleksible nya perkataan kalau tu.
'kalau' buat aku menyesal kesalahan2 bodoh.

tidor tak ingat dunia macam beruang
emosi macam budak saiko
lepaksantai macam dah habis study
guling2 macam sedang bulanmadu

'kalau' buat aku sedar yang dah terlambat.
bukannya menyesali takdir2 lampau.


ah, kalau..

March 12, 2010

episode kawan

3 terconteng

orang semacam mana kamu panggil kawan?

selisih dan senyum
setiap kali

sekadar itu , itu kawan?

hari kamu suka ria
dia datang dekat
tumpang sama, itu kawan?

hari kamu senang
dia rapat kamu
rasa sedikit senang kamu, itu kawan?

hari kamu dapat gaji
dia mula sendeng
ada maksud, itu kawan?

....dan semua pergi selepas itu

atau

di waktu kamu butuh wang, dia kasi pinjam
itu kawan?

kamu senggugut
dia belikan dadah pink
itu kawan?

hari kamu mendung hitam
dia hampiri
usir awan hitam, itu kawan?

semua orang semacam itu aku labelkan kawan
ertinya, kawan ada dua
kawan susah
kawan senang

kawan susah tu yang susah nak temui.' cukup' kalau punya satu.
kan?

kawan susah,
pinjamkan bahu untuk tangis,
pinjamkan telinga utuk dengari
itu cukup..
lebih dari cukup



oh,
~ini skandal~



March 11, 2010

Dia dan hari-hari

1 terconteng


kamu percaya takdir?



biar aku jawab,aku percaya
aku percaya sebab aku ada tuhan
Dia yang tidak pernah lupa beri aku udara hari-hari
sehingga sampai waktunya tidak ada lagi

hari-hari.
terima kasih Tuhan.
Tuhan,yang paling segala
yang paling layak




March 05, 2010

saya suka main2

3 terconteng

abaikan gambar ini
cuba teka di manakah saya?


bukan nak ulas pasal gambar di atas. tapi nak hurai sikit je.itu gambar kami. (kami-ahli2 botani untuk masa akan datang)

dah jam 4 pagi. (sila nyanyi lagu 4 in the morning) haih!
mengarut aja!
mata belum mahu katup.
ulangkaji perlakuan organisasi (aka OB) belum selesai pun satu chapitre.
tangan ni pulak gatal main tekan2,klik2 belog.
bukan belog aje, pesbuk, tagged etc. (adeihh)
memang tak selesai kalau macam ni.


dah!
sila sambung ulangkaji.
kata mahu pandai.





lainkali datang lagi.




 
© 2010 All Rights Reserved. Template design by Lone Rangers