December 15, 2009

matinya si pelukis.perginya si doktor



dulu, masa zaman tadika (tadika ke tabika?),cikgu selalu ajukan soalan yang lazim ini kepada murid.

"nanti besar kamu nak jadi apa?"

atau versi skema tapi maksud yang sama

"cita-cita kamu apa?"
"pelukis, cikgu" ini jawapanku sewaktu 15 tahun dulu.

Dan jawapan itu jugalah yang keluar dari bibir sewaktu di sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 4. kenapa pelukis?kenapa tidak lawyer? majistret? doktor? ini jawapannya.

Sebab dulu, setiap kali pertandingan mewarna dan melukis di sekolah, aku lah yang menjadi johan.warna-warna menarik minat aku.melukis itu satu cara halus meluahkan segala rasa atau apa-apa sahaja.
. (clear throat) mungkin berkisar tentang alam, manusia, dan apa-apa sahaja.

Vincent Van Gogh. berinspirasikan dia.

aku matikan cita-cita kecilku di situ.

Dan lahir cita-cita baru. sering berubah-ubah. kadang-kadang doktor.kadang-kadang cikgu. kenapa
doktor? ini jawapan waktu itu.

sebab setiap kali peperiksaan sewaktu menengah atas,markah matapelajaran biologiku sentiasa A. tetapi aku lupa. untuk menjadi seorang doktor, itu sahaja tidak cukup. bahkan semua subjek mesti lah A.

aku
seorang doktor juga mati disitu.

(sigh) si pelukis dan doktor sudah mati. sekarang, aku pun tidak tahu. hanya berdasarkan keputusan belajar di universiti, itulah yang menjadi tiket untuk menjadi pengganti si pelukis dan si doktor.

*jadi suri rumah tangga sepenuh masa.hehe

No comments:

 
© 2010 All Rights Reserved. Template design by Lone Rangers