November 27, 2010

Orang dan isi cakap

Kau,kalau buruk,orang tak pandangla kau tu.

Kau,kalau merempat,orang jeling je kau.

Kau,kalau bekas penjahat,orang tak percaya kau.

Kau,kalau dulu pakar putar alam,orang dah tak percaya kau sampai mati.

Kau,kalau tak sekolah tinggi ,mana la orang nak sanjung kau.

Kau,kalau setakat gaji lekat celah gigi,orang tak berapa nak buka mata tengok kau.

Cakap-cakap orang yang macam kau orang,orang tak berapa nak endah.

‘alah,dia tu sekolah pun tak tinggi,boleh pakai ke cakap dia,apa laa sangat dia tu’

‘eleh, bekas lalok macam dia,boleh percaya ke ?’

‘orang tua tu,apa tahu? mana pernah pegi sekolah’

‘dia tu kan, anak-anak dia bukan baik,rosak semua,pandai pulak nak nasihat orang.’

Kau kena sempurna,luar dalam,poket tebal baru boleh bagi nasihat dan cakap-cakap – seolah-olah begitu yang mahu disampaikan.

Ini salah satu contoh ketidakadilan; ketidakadilan sosial-menghukum dan menilai orang yang bercakap, bukan isi percakapannya. Sebagai contoh; orang yang tidak berpelajaran tinggi bercakap dan memberi kata nasihat, kita tidak fokus kepada cakap-cakapnya, tapi kita akan fokus (mempersoalkan) terhadap ‘siapa dia’.

Aku pun bukan baik. ego tinggi macam langit. tapi baru tersedar dan sentiasa ingat ini untuk hari-hari mendatang.

3 comments:

cn said...

jgn mudah judge org. tak semestinya yg jahat akn ttp jahat smpai bila2 n begitulah sebaliknya. :)

tik tok said...

haha. orang semua bercakap macam kena jadi sempurna untuk hidup. tak nak la jadi sempurna sebab memang tak dapat pun.

Neko D. 13 said...

macam dlm movie zombie kg. pisang, "ala..kite mana ade SPM~" ;p

*serius rindu kau juga!

 
© 2010 All Rights Reserved. Template design by Lone Rangers