February 13, 2010

agaknya inilah yang ADAM rasa


'kau dan aku macam langit dan Bumi'
'jauh beza'

'jadi kita tak boleh bersama'

.......'tapi bukan kah langit dan Bumi saling memerlukan?'

'emmm'


budakcomot tinggal sorang2. sape mahu teman? (tak perlu jawab). hohho.rumate balik kampung. makanya, budakcomot (aku) berada dalam situasi yang diberi nama-sunyi.sepi.bosan.kosong. bukan tidak mahu pulang beraya (aku celebrate jugak-makan limau), tapi kerja di makmal butuh aku untuk tidak pulang. rupanya benar-kesunyian boleh membunuh. oh,tidak! aku bukan mahu bunuh diri. tapi aku sedang merasai dan mengalami 'kesunyian yang boleh membunuh itu'. seminggu bercuti di USM tanpa makcik2pakcik2 pembersih tandastanggakoridorlantailifdsb yang tekun lagi gigih, takde bunyi ekzos basmotorkeretalorisampah, dengan cafe pulak tutup (inimemangdugaanbesarbesaran), takde bunyi pintu bilik dumdamdumdam (bukaktutup) takde bunyi awek2 gelak2 segala bagai. takde bunyi derap2 tapak seliparkasutheelsterompah. ini bukan satu pendustaan.bukan pembohongan.bukan penipuan-aku sunyi nak mati.

merajinkan tulang yang berat ini untuk membakar lemak2 yang tersimpan rapi di tasik tadi, aku perhatikan sekeliling. damn sunyi. makanya, tidak berpeluang mencuci mata melihat abang hensemsematnakmati dengan macho nya joggin kat tasik. memang ada mereka2 yang tidak pulang. tidak aku kenal. tapi tidak ramai.

memang USM ni aku yang punya untuk seminggu ni. (gelakecik)

banyak sebenarnya kerja yang perlu di siapkan.banyak tajuk2 subject yang perlu di telaah,di ulangkaji, di ulang baca.tapi itu bukan aku kalau buat kerja awal2. kalau yang buat kerja awal2 tu bukan aku. aku jenis yang suka mendelaykan kerja. memang takde boss sudi ambik aku kerja nanti melainkan beliau (boss lelaki) yang gatal. hoho.

*agaknya, ini lah yang ADAM rasa.*







8 comments:

hans said...

mungkin

maiyah said...

akak lagi sunyi huhuwaaaaa:P

dkama said...

Sepi yang mencengkam saban waktu membawa aku kelembah berduri... yang aku sendiri tidak pasti apakah aku dapat mengharungi........PEACE.......

Moon Death Spell said...

busan ke ..??
mai la UUM ..
saya pun tengah sorang2...
hehehehe

*naziela said...

hans
---bukan mungkin.memang. sebab tu tuhan cipta hawa untuk adam.

kak maiyah
---kenapa?hoho

dkama
---duri mawar ke ape? peace bro!

moon
---hik2.asal x balik?

GhOsToNe said...

meh sy teman..
hehehe!

hans said...

entah

MUHAMMAD SHAHIR BIN SALLEH said...

waa...xcangke de org rase same cam kite rse...he3..nasebb r org perantauan cam kite ni an...hak3..

 
© 2010 All Rights Reserved. Template design by Lone Rangers