February 24, 2010

mencipta angan

aku baru sedar satu perkara.dan....aku sedang sesat dalam mencari.aku manusia tipikal yang kadang2 terkeluar dari batas ruang lingkup dimensi. dan seakan baru sedar, bahawa sedang tersesat dalam dimensi yang salah! sudah banyak kali di hitung-hitung, yang pada dasarnya (yang sememangnya, salah), perkara itu memang tersasar dari dimensi dan sisi yang sepatutnya. tapi, manusia memang begitu kah?- sengaja megeksplorasi jalan-jalan yang setahu dari awal tidak sepatutnya di intai.atau...hanya aku yang begitu? -patetik!
memang aku mahu undur dan keluar dari terus terpalit dalam dimensi 'aneh' ini, tapi seakan berat untuk berhenti. aku akui, jengkel dan pesimis dengan diri sendiri kerana tak mampu pergi dari situ. sekarang , sedang terperangkap dalam sisi dimensi 'aneh' itu. dimensi itu seolah-olah menggerakkan aku untuk mencipta angan yang sememangnya dari awal aku maklum, tidak akan pernah bertukar realitas.aku bukan manusia angan. ruang dan waktu ilusi!

2 comments:

pecinta_Islam said...

tak faham..tapi sedikit mengerti bila mengulangi dan menghayatinya..cuma suka lah juga akan hal2 sastera sebegini..

salam persahabatn dari sy:)

Maiyah said...

tapi kita perlu juga berilusi cuma jgn bawak sampai ianya satu hobi lak nanti jadi lain plak

 
© 2010 All Rights Reserved. Template design by Lone Rangers