March 12, 2010

episode kawan


orang semacam mana kamu panggil kawan?

selisih dan senyum
setiap kali

sekadar itu , itu kawan?

hari kamu suka ria
dia datang dekat
tumpang sama, itu kawan?

hari kamu senang
dia rapat kamu
rasa sedikit senang kamu, itu kawan?

hari kamu dapat gaji
dia mula sendeng
ada maksud, itu kawan?

....dan semua pergi selepas itu

atau

di waktu kamu butuh wang, dia kasi pinjam
itu kawan?

kamu senggugut
dia belikan dadah pink
itu kawan?

hari kamu mendung hitam
dia hampiri
usir awan hitam, itu kawan?

semua orang semacam itu aku labelkan kawan
ertinya, kawan ada dua
kawan susah
kawan senang

kawan susah tu yang susah nak temui.' cukup' kalau punya satu.
kan?

kawan susah,
pinjamkan bahu untuk tangis,
pinjamkan telinga utuk dengari
itu cukup..
lebih dari cukup



oh,
~ini skandal~



3 comments:

milah hasan said...

saye mahu kawan yg selalu pegang tangan saye~

*naziela said...

dah jumpa?
kalau dah, boleh kita kongsi?
muahaaaha~

shahir said...

sye xpasti sye adlh sorg kwn yg tbaik....

 
© 2010 All Rights Reserved. Template design by Lone Rangers