February 10, 2010

Don't cut the carbs!



ini adalah aku (oh, sila jangan percaya)





"fatso!"

na~panas telinga apabila perkataan itu meluncur laju dari bibir kawan-kawan atau lawan-lawan.
diet? ramai yang akan terfikir, solusi untuk masalah rata-rata rakyat Malaysia hari ini (berlebihan berat badan), ialah diet. apabila sebut 'diet' apa yang terlintas di minda kamu?

diet = tak makan nasi


yang tersenarai di atas itu, merupakan jawapan kebanyakan mereka2 yang kurang berpengetahuan tentang amalan diet yang betul. seriusly, aku pun sama waktu dulu-dulu.bila sebut je diet, terlintas tak boleh makan nasi. nasi? nasi tu penting. nasi sumber karbohidrat yang akhirnya akan ditukarkan oleh badan kepada tenaga.logik akal, kalau tak ada tenaga, macam mana mahu buat kerja? nanti mulalah mencari ganti nasi-burger! (oh, tidak!)


kat sini, aku nak kongsi mitos diet: mengurangkan pengambilan karbohidrat merupakan cara terbaik untuk menurunkan berat badan.

so, that's why ramai gadis2 ayu dan comel2 cuba melakukan diet kaya protein dan mengurangi carb (carbohydrate) intake untuk menurunkan berat badan secara drastik (dan fantastik).

tetapi, tahukah anda?

diet yang kaya protein dengan pengambilan daging, keju, dan telur secara bebas dapat meningkatkan risiko serangan jantung? selain itu, dengan meng'ignore' carb (yang no doubt, is needed by our body) dari menu harian boleh menyebabkan emosi terganggu dan merasa mual. kekurangan carb dalam badan juga boleh mendorong perkembangan ketosis iaitu keadaan di mana lemak dalam darah terbentuk dan boleh menjadi punca penyakit batu karang.
carb tidak terikat kepada nasi sahaja ya. seperti yang kamu tahu, roti juga sumber carb yang penting selain ubi kentang. boleh jika mahu substitute nasi dengan roti. roti high fiber lagi bagus.

jadi, kalau mahu kurangkan berat badan, jangan abaikan nasi atau sumber karbohidrat yang lain. tetapi kawal pengambilannya.






psssstt-aku juga dalam proses menurunkan berat badan ke tahap ideal.

1 comment:

Maiyah said...

jgn x mkn.. laparrrrrrr

 
© 2010 All Rights Reserved. Template design by Lone Rangers