November 15, 2009

mak cakap tak baik merungut!

dear blog,

huaarrghhhh! [uh, amat tidak sopan!]
lambat betul paper seterusnya! bosan sudah menunggu mereka-mereka itu. =p
eco bot and AKP 201.
bosan menanti tapi aku tidak bersedia lagi pun. bajet2 dah habis study la tu konon. hampeh!
tiga paper yang dah lama berlalu tu, alhamdulillah. sudah selamat! dengan bergaya aku menjawab sampai habis gaya dah.ke kiri. ke kanan. 45 darjah!
tidak sabar mahu pulang~lalalaaaaaala

rindu mereka-mereka yang tersayang! ma dah janji nak masak sedap-sedap untuk 'bulat' ma ni.hehe mekaceh ma!
cuti sem nanti pun tak lama. yang sebenarnya sebulan terpaksa dikontotkan menjadi seminggu.
projek akhir tahun yang mendesak.butuh waktu! seminggu pun seminggu je lah. janji dapat pulang~

dear blog,

kerisauan mula melanda. PLB yang aku subculture tu separuh yang contaminate. alahai! pedih tau mata bersengkang berjam-jam dalam laminar hood! sebelum boleh subculture, langkah wajib adalah mengautoclave apparatus yang akan digunakan semasa subculture. memang butuh 100% hygiene! autoclave pulak makan masa lebih kurang sejam! after that, kena uv pulak si laminar hood tu. setengah jam dah telan masa. fuh.lepas tu baru boleh subculture.
nasib baik species orkid tu cepat tumbuh. Dendrobium sonia. dalam cuti sem ni lah kena proceed step seterusnya.

oh, terlanjur sudah! mak kata tak baik merungut!
tidak! bukan macam tu. ni je la medium untuk luahkan segala rasa.geram.benci.seronok.teruja.marah.so, gunakan!

dear blog,

itu saja aku bercerita untuk kali ini. mengadu.





*usah dikenang barang yang lepas.=p








No comments:

 
© 2010 All Rights Reserved. Template design by Lone Rangers