November 18, 2009

tak payah baca


dear blog,

oh maaflah. hari ini saya mahu mengarut. mahu menulis apa yang tersimpul dalam kepala. mengarut dan mengarut.


c.i.n.t.a
cinta
satu perkataan yang subjektif maksudnya. lain kepala lain persepsi untuk perkataan keramat neh.
macam-macam aku jumpa ragam orang bercinta. (aku? oh, usah diungkit kisah lama.haha)
bahagia ke? best sangat ke?
entah.
ada yang berpandangan: oh, cinta itu air mata.(ni pendapat beliau yang berpengalaman dalam bidang cinta)
lain pulak dengan yang ini: cinta itu indah.(oh, ini semestinya yang sedang bercinta)
dalam usia yang masih muda trang tang-tang neh, no doubt la masing-masing ada kisah cinta tersendiri. ada yang tengah bercinta. dah lama bercinta. cuba-cuba bercinta. ada yang ingin jauh dengan cinta. ada yang fobia. ada yang main-main cinta. sedang intai-intai cinta. uh, very the macam-macam.
untuk kali yang keduanya aku tanya, best kah??

mungkin kalau pelayaran cinta di lautan yang luas itu tidak banyak ombak dan badai yang ditempuh, indah barangkali. but, if karam di tengah lautan, tiada lah yang indah itu. anyway, semua itu terpulang.
hidup ni macam kain putih. seratus peratus atau hundred percent bergantung kepada pemilik body untuk memilih warna-warna peberet dan corak yang berkenan.



oh, tetiba terasa lapar. mahu berhenti mengarut. oh, patutlah! sudah jam 4
(tiba-tiba teringat, perut belum diberi makan)

*tata my dear blog
*nanti aku datang mengarut lagi.=p








No comments:

 
© 2010 All Rights Reserved. Template design by Lone Rangers