November 14, 2009

suatu petang, aku putus cinta!

dear blog,

pandanganku kosong.sambil menunggu seorang rakan yang pergi mendapatkan barang-barangnya. aku dan rakan mahu ke mc d.
lama.
sepasang mataku melilau -lilau membuang pandang ke arah kenderaan yang keluar masuk pintu pagar kampus. maryamah karpov di tangan, aku belek-belek tanpa sebarang rasa. aku cuba membaca baris-baris kata namun tidak sedikit pun melekat di kepala.

dear blog,

nak tahu apa yang ku lihat? saat itu rasa macam baru putus cinta! fahamkah? hati tiba-tiba mendung. mataku sedang melihat dia dan seorang perempuan! rapat. hatiku tidak salah menafsir apa yang mataku lihat. terkelu. mahu saja aku bagitahu dia yang aku sedang melihat dia! patah hati! adusss!

dear blog,

itu cinta tanpa kata sebenarnya. dia tak pernah tahu apa yang aku rasa. aku selesa begitu. cinta dalam diam. mencintai tidak semestinya memiliki.
tipu kalau aku bilang aku tak rasa apa-apa. bohong kalau aku cakap aku tak kisah.
manisnya mulut lelaki! aku cuba membuang dia jauh-jauh..tapi dia jugak yang menghubungiku. seolah-olah memberi harapan!
sekarang tanamkan dalam diri,
dia hanya kawan! dia hanya seorang lelaki! tidak lebih dari itu. ok!

dear blog,

lega. sekarang baru aku tahu. dan tidak perlu aku mintak penjelasan apa-apa. aku tidak rugi apa-apa pun. dia juga tidak perlu tahu tentang ini. biar aku simpan. rapi.

dear blog,

jadikan saja itu sejarah.




*kali pertama aku gila!
* no big problemo! i am ok!
*baru sedar, ada lagi dua paper sebelum pulang~lalalalala


No comments:

 
© 2010 All Rights Reserved. Template design by Lone Rangers